• 9306
1

Fajar Pakeer

Dia Hero Sempurna Oleh Writernaz

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Dia Hero Sempurna Oleh Writernaz

The girl with a broken wings, itulah yang boleh diibaratkan dengan kisah hidup Bellisa Niliyyah. Luarnya tampak indah, serba serbi sempurna. Bak kata orang memang material girl.

Tapi, andai sahaja mereka tahu di balik imej gadis periang, ada tersimpan parut luka dari masa lalu yang kelam. Ada tangis yang dipendam, ada teriakan suara yang tak didengarkan.

Kepercayaan Niliyyah diperkotak-katik, maruah diri dipijak oleh mereka yang bernama manusia.

Namun dengan adanya Imtiyaz Daniel, telah mengubah kanta mata Niliyyah memandang dunia. Imtiyaz ibarat knight in shining armour, menarik Niliyyah keluar dari gelapnya kabut hitam.

“I would do everything to make you happy, I may not have the right words to express you how I feel and make you understand how deep this feeling.” - Imtiyaz Daniel

Kesungguhan Imtiyaz benar-benar menggugat ego Niliyyah. Mengapa lelaki itu perlu datang kembali setelah dia sudah berjaya melepaskan semua impian dan harapan?

Imtiyaz cuma masa lalu yang tak ingin lagi Niliyyah dambakan hadirnya! Sudah puas dia meratap sedih, cukup letih dengan semua hambatan luka yang datang bertubi-tubi. Silapnya

sendiri kerana berharap pada lelaki yang tidak tahu akan kewujudannya sama sekali.

Persoalannya, mampukah Imtiyaz terus berjanji setia meski hamparan ombak datang menerpa? Adakah cinta lelaki itu masih utuh selepas berjaya menempa nama di mata dunia?

“Tolong jangan bencikan saya,” - Bellisa Niliyyah

Niliyyah rasa kecil di samping lelaki itu. Imtiyaz seperti garuda membelah awan, sedangkan dia tak ubah seperti rama-rama yang sudah patah sayapnya. Namun, patah atau tidak, bukan penghalang untuk serangga sekecil itu terbang tinggi, bukan?

Adakah saya memang layak digelar bodoh kerana setia?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta kedua dan peluang untuk memperbaiki hubungan masa lalu
  • Trauma, luka emosi dan proses penyembuhan diri
  • Kepercayaan, pengkhianatan serta keberanian untuk mencintai semula
  • Harga diri dan penerimaan terhadap kelemahan diri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta dan kisah romantik
  • Pembaca yang suka tema cinta kedua serta hubungan masa lalu
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah trauma dan penyembuhan emosi
  • Pembaca yang menggemari watak wanita kuat dengan konflik dalaman

Maklumat Buku

  • Penulis: Writernaz
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222242
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan