• 8537
1

Fajar Pakeer

Dia Cinta Peribadi Oleh Hidayah Izati

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Dia Cinta Peribadi Oleh Hidayah Izati

Simon dan Fatiha, mereka datang daripada dunia yang berbeza. Berbeza dari segi agama, status, juga cerita kehidupan. Fatiha, seorang wanita yang berhadapan dengan kebencian ibu mertuanya, mencari pelindung di saat suaminya meninggal dunia dan disahkan mengandung sulung. Simon, seorang lelaki yang berkarisma tinggi, komited dalam kerjaya, tetapi gagal dalam percintaan. Kegagalannya membuatkan dia bangkit mencari nur Ilahi.

Mereka bertemu di bawah satu bumbung. Pada pandangan pertama  saja Simon jatuh hati kepada Fatiha. Lahirnya Rafiq memberikan Simon peluang mendekati Fatiha. Malangnya, si ibu mendiamkan diri setelah lamaran dibuat ke atasnya.

“Awak ambillah seberapa banyak masa yang awak perlukan, saya akan tunggu.” - Simon

Sampai bila Fatiha boleh berdiam? Selama mana Fatiha mampu untuk menahan? Akhirnya dia terpaksa melakukan sesuatu.

“Tak tahu macam mana nak fikir. Diana ada bagi suggestion, tapi masih fikir lagi.” “Cadangan apa? Mana tahu saya boleh bantu.”

“Dia suruh saya cari suami baru, tapi saya mana ada calon. Mr. Simon nak jadi calon suami saya tak?”

Perkahwinan yang diikat atas dasar ingin mencari pelindung, bertukar jadi lain. Siapa tahan, hari-hari menghadap si mata sepet, mendegar suara romantisnya, layanannya. Akhirnya Fatiha menyerah. Simon mengangkat dirinya terlalu tinggi, sehingga cintanya juga dipandang terlalu peribadi.

Dapatkah Simon bertahan dengan cinta peribadinya? Bagaimana pula Joanne, yang datang menagih cinta lama? Zulaikha, yang memendam rasa terhadap Simon? Yang pasti, kisah cinta mereka terlalu peribadi untuk dikongsi...

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta antara dua insan daripada latar agama, status dan kehidupan yang berbeza
  • Perkahwinan kedua sebagai jalan mencari perlindungan dan kestabilan hidup
  • Konflik keluarga, kebencian ibu mentua dan tekanan seorang balu
  • Pengorbanan, kesetiaan serta proses membina kepercayaan dalam rumah tangga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu yang menggemari kisah cinta penuh konflik
  • Pembaca yang tertarik dengan tema perkahwinan kedua dan peluang cinta baharu
  • Pembaca yang menyukai drama keluarga serta konflik ibu mentua dan menantu
  • Pembaca yang gemar kisah cinta antara watak daripada latar kehidupan berbeza

Maklumat Buku

  • Penulis: Hidayah Izati
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789673652334
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan