Penulisan2u
Bahagia Yang Tertangguh Oleh Rissa Ahdiya
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Bahagia Yang Tertangguh Oleh Rissa Ahdiya
Aku akan selalu menjadi bintangmu, pandanglah aku tika rindumu datang bertamu.
Selama lapan tahun, Nurin Hana memendam rasa dan berkorban demi mempertahankan rumah tangganya.
Walaupun sering dibuli oleh keluarga suami dan tidak pernah diberi peluang menikmati kebahagiaan seperti wanita lain, dia tetap bertahan kerana cintanya kepada Zakwan.
Namun setiap kesabaran ada batasnya.
Segalanya berubah apabila satu nama muncul pada telefon bimbit suaminya.
Kak Tipah Kerani yang selama ini disangka sekadar kenalan biasa rupa-rupanya seorang wanita bernama Azrin Sofea.
Kebenaran yang terbongkar merobek seluruh hatinya.
“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”
Kecurangan Zakwan menjadi titik mula kepada keruntuhan rumah tangga yang dibina dengan penuh pengorbanan.
“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”
“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea
Akhirnya talak menjadi hadiah paling menyakitkan buat segala kesetiaan yang pernah diberikan.
Dikhianati dan ditinggalkan membuatkan Hana hampir rebah.
Namun demi anak yang disayangi, dia memilih untuk bangkit dan meneruskan kehidupan.
Sementara itu, Zakwan mula menyedari nilai sebenar seorang isteri yang selama ini sentiasa berada di sisinya.
Penyesalan datang ketika semuanya sudah terlambat.
“Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita.” – Zakwan
Ketika luka lama masih belum sembuh, hadir pula seorang lelaki yang ikhlas ingin membahagiakan Hana.
“Saya sukakan awak Hana. Bukan saja suka, malah saya sayangkan awak. Beri peluang pada saya untuk tinggal dalam hati awak?” – Armin
Kini Hana berada di persimpangan yang sukar.
Adakah dia harus menerima semula Zakwan yang menyesal?
Memberi peluang kepada Armin yang hadir membawa sinar baharu?
Atau memilih untuk hidup sendiri tanpa perlu mempertaruhkan hatinya sekali lagi?
Kerana memberi cinta kepada seseorang sentiasa mempunyai risiko.
Sama ada dilukai atau dicintai sepanjang hayat.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kecurangan dan pengkhianatan dalam rumah tangga
- Kesan perkahwinan toksik serta tekanan daripada keluarga mentua
- Perceraian, keibuan dan usaha membina semula kehidupan
- Penyesalan serta peluang kedua dalam hubungan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel Melayu bergenre romantik dan drama rumah tangga
- Pembaca yang gemar kisah tentang kecurangan serta perceraian
- Wanita yang meminati tema pengorbanan, kekuatan diri dan kebangkitan selepas dikhianati
- Pembaca yang suka konflik cinta tiga segi dan dilema peluang kedua
Maklumat Buku
- Penulis: Rissa Ahdiya
- Penerbit: Penulisan2u
- ISBN: BBO-4071
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg