• 4934
1

Penulisan2u

Kopiah Buat Zauji Oleh Syima Syawal

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kopiah Buat Zauji Oleh Syima Syawal

“Bunga tahi ayam?!” -Ella.

“Cuba kau jangan lihat dari namanya, tapi kau pandang pada keindahannya. Biarpun baunya busuk, tapi ia tetap mampu menyerikan taman. Betul tak?” - Hakimi.

Bila aweks rock bertemu dengan mamat K-pop, hasilnya memang sangat mengujakan. Bukan sefahaman tetapi huru-hara jadinya.

Ella dan Hakimi berlainan minat, berlainan fesyen. Masing-masing sering mengutuk antara satu sama lain. Namun dalam diam, Ella suka mencuri-curi pandang. Gaya lelaki itu mampu buatkan jantungnya berdegup kencang.

Tanpa mereka duga, reunion orang tua mereka telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Jangan salah sangka, bukan terpaksa tetapi mereka sememangnya rela. Masing-masing punya agenda tersendiri. Mahu bebas dengan kehendak mereka tanpa sebarang halangan.

Rumah tangga mana yang tidak diduga, bukan kerana orang ketiga tetapi masalah-masalah kecil yang terbuku sehingga membawa kepincangan yang nyata.

“Benci sangat ke abang pada saya? Apa salah saya? Saya ke yang buat abang jadi macam ni? Saya ke yang aniaya abang? Saya ke yang cuba bunuh abang- Ella

Dia menangis teresak-esak. Sesekali dia menyedut udara agar oksigen yang segar dapat dibekal dalam paru-parunya. Dia seakan-akan sudah tidak berdaya, namun dia bulatkan tekad.

Mampukah mereka menyelamatkan mahligai yang baru dibina?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan selepas perkahwinan
  • Perbezaan personaliti, minat dan gaya hidup
  • Konflik komunikasi dalam rumah tangga
  • Jodoh dan campur tangan keluarga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta selepas berkahwin
  • Pembaca yang gemar konflik rumah tangga
  • Peminat watak pasangan dengan personaliti dan minat yang berbeza

Maklumat Buku

  • Penulis: Syima Syawal
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789670992303
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan