Penulisan2u
Nefertiti Oleh Lily Haslina Nasirl
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Nefertiti Oleh Lily Haslina Nasirl
“Kau nak tahu... Baik... Kau dengar sini. Aku buat sebab aku suka kau! Aku sayang kau. Aku nak kau selamat. Aku tak mahu ada anggota badan kau yang berkecai dan aku yang kena kutip. Faham?” - Ziyad
“Kita sebenarnya berbeza pendirian, Ziyad. Kau dari sebelah utara, aku dari sebelah selatan. Kau timur, aku barat. Di titik mana kita nak bertemu? Jadi kau jangan salahkan aku, kalau ada rasa curiga tu.” - Yasmin
Ziyad El Zamri terkepung dalam perasaan terhadap Yasmin Qawlah Azwar. Sayang, dia orang kuat Sorga Nefertiti. Banyak perkara menjadi halangan. Yasmin menuduh dirinya sebagai lelaki petualang yang mengkhianati bangsa sendiri. Yasmin dengan perjuangannya, tekad menghancurkan segala kebatilan dari puak Nefertiti. Ziyad tak berpeluang menjelaskan kedudukan dirinya sebenar. Yasmin gadis keras, seteguh karang di lautan, selama ini menjadi dewasa dalam perlindungan Raid Arjuna. Atau, apakah Yasmin memang menaruh cinta pada Raid Arjuna? Ziyad tertanya-tanya, namun jiwanya sering berdoa, akan ada cinta yang bersatu biar mereka berlainan kutub. Perjuangan itu biarlah takdir yang menunjukkan kebenarannya.
“Kita semua sedang dalam pencarian. Mencari hakiki yang abadi. Walaupun kita berbeza laluan, tapi matlamat kita sama. Kita ni bukan kekal selama-lama di sini. Dunia ni cuma sebahagian daripada kembara kita sebelum sampai ke akhirat.”- Ziyad
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta yang terhalang oleh perbezaan pendirian dan kesetiaan puak
- Konflik antara perjuangan menentang kebatilan dengan hubungan peribadi
- Krisis kepercayaan, tuduhan pengkhianatan dan pencarian kebenaran
- Pengorbanan, perlindungan serta keberanian menghadapi ancaman
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik yang menggemari kisah cinta penuh konflik
- Peminat novel aksi, perjuangan dan pertentangan antara puak
- Pembaca yang suka kisah misteri, rahsia serta tuduhan pengkhianatan
- Peminat novel dengan unsur nilai Islam dan refleksi kehidupan
Maklumat Buku
- Penulis: Lily Haslina Nasirl
- Penerbit: Penulisan2u
- ISBN: 9789672102731
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg