Alaf 21
Jangan Ganggu Lenaku Oleh Haiza Najwa
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Jangan Ganggu Lenaku Oleh Haiza Najwa
JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.
Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kesunyian dan kekosongan dalam kehidupan rumah tangga
- Kerinduan terhadap kasih sayang dan kemesraan suami
- Konflik emosi serta tekanan psikologi
- Alam mimpi yang mengelirukan realiti
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik dengan konflik rumah tangga
- Peminat kisah misteri dan unsur psikologi
- Pembaca yang gemar cerita berkaitan alam mimpi dan realiti
- Peminat plot penuh tanda tanya serta kejutan
Maklumat Buku
- Penulis: Haiza Najwa
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 9789831247532
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg