• 8539
1

Fajar Pakeer

Sepahit Kopi Semanis Cham Oleh Syima Syawal

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Sepahit Kopi Semanis Cham Oleh Syima Syawal

“Aku akan potong gaji kau sebab patahkan batang anak lada tu.” - FAWWAZ RADI

“Eh mana boleh, namanya pun dah ‘ter’… bukan sengaja pun.” - DAYANG IRDINA

“Cuba aku ‘ter’patahkan jari kau, kau nak tak?” – FAWWAZ RADI

“Eh jangan tuan muda. Nanti tuan muda ‘ter’kahwin pula dengan saya sebab dah patahkan jari saya ni… tuan muda nak ke ada isteri jari yang dah patah? Tak nak, kan… kan?”- DAYANG IRDINA

Dari tak suka, boleh saja bertukar menjadi cinta. Dari menyampah boleh saja menjadi gila bayang. Jampi apa yang Dayang dah buat sampai Fawwaz yang hatinya suam-suam kuku mula berbunga-bunga cinta. Bagi Dayang, Fawwaz Radi adalah pelajaran terindah dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan mengubah hatinya untuk lelaki lain.

“Cinta abang sebanyak air di lautan. Tak pernah sedikit pun berkurangan.” - FAWWAZ RADI

“Cinta saya sebanyak darah yang mengalir di tubuh kita. Yang memisahkan hanyalah sebuah kematian.” – DAYANG IRDINA

Namun sudah dinamakan manusia, pasti hidup sentiasa diuji. Hanya kerana fitnah mereka berantakan. Kepercayaan hilang sekelip mata. Dayang menderita, Fawwaz sengsara. Benarkah akhir bahagia memang ada meskipun tidak seperti yang kita duga? Dalam gelapnya hati yang terluka, masih adakah pelangi yang menerangi? Biarpun cinta itu sepahit kopi atau semanis cham. Jika betul bancuhannya, pasti nikmatnya terasa. Begitulah perjalanan sebuah cerita cinta. Tak selamanya cinta itu manis, tak selamanya cinta itu pahit.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perubahan hubungan daripada benci kepada cinta
  • Percintaan antara Dayang Irdina dan Fawwaz Radi
  • Ujian kepercayaan akibat fitnah dan salah faham
  • Konflik emosi, perpisahan dan penderitaan dalam hubungan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu
  • Peminat kisah benci bertukar menjadi cinta
  • Pembaca yang menyukai konflik fitnah, salah faham dan pengkhianatan
  • Peminat cerita romantik dengan emosi yang mendalam

Maklumat Buku

  • Penulis: Syima Syawal
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220194
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan