• 9209
1

Fajar Pakeer

Salahkah Aku Menanti Oleh Embun Mawar

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Salahkah Aku Menanti Oleh Embun Mawar

Persahabatan yang terikat sedari kecil telah menghadirkan suatu kemanisan yang luar biasa di hati mereka. Saling melindung dan menjaga antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan yang mendatang. Sahabat terbaik yang tiada galang gantinya, hanya maut yang akan memisahkan Iris dan Fateh.

“Kan aku dah pernah promise, aku dan kau adalah satu... sakitnya kau, dua kali ganda sakit untuk aku, Iris. Sakitnya aku maka akan berganda-gandalah sakit kau.” – Ahmad Fateh Aryan

“Tak baiklah... nanti jadi doa! Apa pulak aku kena tahan sakit kau yang berganda-
ganda.” -Iris Athiyyah

Tetapi, segalanya berubah akibat salah faham. Hatinya luka tak berdarah. Siapa Iris untuk menghalang?

Berkorban segalanya untuk lelaki itu adalah perkara pertama yang akan dia lakukan di sepanjang hidupnya.
Fateh bahagia menyulam cinta bersama isteri tercinta.

Sehinggalah, kebahagiaan yang disangka akan kekal sampai bila-bila berakhir dengan tragisnya. Hanya kerana amanah yang diberi kepada Iris tidak dilaksanakan dengan selayaknya.

Kesimpulannya, tidak akan dibiarkan gadis itu wujud di dunia mahupun jiwanya.

“Kau tak pernah rasa hilang orang yang kau cinta, Iris. Tak pernah! Jangan tanya
kenapa aku tak boleh maafkan kau!” -Ahmad Fateh Aryan

Saat Iris mula menerima takdir, sekali lagi takdir itu mengheretnya ke lembah derita!

Bagaimana mampu Iris menggantikan tempat itu jika jiwa Fateh terlalu mencintai
Afiyyah?

Dan mampukah dia mengubati luka jika dia...
kekecewaan lelaki itu?

Sampai bila ruang derita memaksa untuk dia berkorban berulang kali?

Bukan kau yang tak boleh hidup tanpa aku, Fateh. Tapi aku. Aku yang tak boleh hidup tanpa kau.

Maknanya cinta ini telah merasuk sebuah permainan yang mengorbankan dua hati, walhal mereka adalah rasa yang tidak mampu dijelaskan dengan kata-kata.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Persahabatan sejak kecil yang berkembang menjadi cinta
  • Salah faham, pengkhianatan dan konflik dalam hubungan
  • Pengorbanan cinta serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi
  • Kehilangan, kesedihan dan luka emosi

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta penuh konflik dan emosi
  • Pembaca yang menyukai tema persahabatan bertukar cinta
  • Peminat cerita tentang pengorbanan, kehilangan dan kesetiaan

Maklumat Buku

  • Penulis: Embun Mawar
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221719
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan