• 9274
1

Fajar Pakeer

Karma Kisah Merantai Sukma Oleh Richie Rachman

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Karma Kisah Merantai Sukma Oleh Richie Rachman

Cahaya yang diharapkan menerangi, kenapa kegelapan membunuh sang jiwa?

Lavender merasakan hidupnya sudah dicorak tanpa pelangi, hanya ada hitam dan kelam.

Dia gadis yang dahagakan kasih sayang daripada kedua orang tuanya. Bersama duka dia berusaha menimba ilmu di Australia untuk melupakan kisah silam.

Selepas 15 tahun, Lavender kembali ke Malaysia untuk mencapai impian menjadi seorang arkitek. Berpeluang membuat praktikal di firma arkitek terkenal, dia menjadi pembantu kepada Rayyan. Dalam diam mereka saling tertarik.

“Setiap kali I renung ke dalam matanya, I boleh lihat bibit-bibit cinta di situ. He’s such a good lover. I semakin sayang padanya.” - LAVENDER

Tapi halangan terbesar, Rayyan sudah mempunyai kekasih. Mahira Fazura, seorang selebriti jelita. Lavender sedar diri. Dia cuba menjauhkan diri tapi Rayyan dan dia seolah-olah magnet.

“This is what I want in life. I inginkan gadis yang mempunyai minat yang selari dengan fikiran I. Naluri I kuat mengatakan that you are so special for me.” - EDEAN RAYYAN

Ketika perasaan makin membara, malapetaka berlaku memusnahkan impian Lavender. Tiada pilihan, dia harus melepaskan semuanya dan berganti identiti. Lavender sudah mati, yang ada hanya Vera Lufti.

Halangan demi halangan membuatkan Vera Lufti nekad berusaha dan namanya semakin dikenali, tiada siapa lagi yang membuli. Dalam diam, cinta untuk Rayyan, masih tersisa namun sang penyelamat sebenar adalah Qushairi.

Di saat debunga cinta menggebu, di saat itulah ujian demi ujian melanda Vera Lufi. Belum sempat dia bernafas, malapetaka berlaku lagi.

Masih sanggupkah Qushairi mempertahankan sayangnya pada Vera Lufti?

Bagaimana pula dengan cinta pertama Lavender dengan Rayyan?

“Walaupun kita berjauhan, I sentiasa mendoakan you. Kita telah melalui proses yang panjang dan kini berada di penghujungnya. Ada sinar bahagia sedang menunggu you.” - SHEIKH MUHAMAD QUSHAIRI

Kuatkah sang jiwa menerima takdir yang terlalu obsesi dengan kehidupannya?

“Kali ini biar balasan itu datang dengan sendirinya. Ingat, langit tidak selalunya cerah.”

Kisah dia memang tidak sempurna, namun dia percaya alam fana cuma lakonan semata kerana ada yang lebih indah di sana.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Trauma keluarga dan kesan kekurangan kasih sayang ibu bapa
  • Perjuangan membina kehidupan selepas melalui pembulian dan malapetaka
  • Identiti baharu, rahsia masa lalu dan usaha mencari diri sendiri
  • Konflik cinta tiga segi antara Lavender, Rayyan dan Qushairi

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu dengan unsur konflik emosi
  • Pembaca yang meminati kisah cinta tiga segi dan dilema perasaan
  • Pembaca yang tertarik dengan tema trauma keluarga serta penyembuhan diri
  • Peminat cerita tentang identiti baharu, rahsia masa lalu dan perjuangan hidup

Maklumat Buku

  • Penulis: Richie Rachman
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221993
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan