• 9538
1

Idea Kreatif

Fathi Gabrielle : A Broken Soul Oleh Nssignature

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Fathi Gabrielle : A Broken Soul Oleh Nssignature

Fathi Gabrielle
Dia terpaksa melepaskan wanita kesayangannya ke tangan lelaki lain tanpa kerelaan hati. Dia terpaksa dan dipaksa.

Clarissa Arabella
Dia jatuh cinta pada seorang jejaka melayu tulen, sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. Namun, apabila hati sudah menginginkan, manakan dapat dia mencegah.

Kerana cinta, Clarissa sanggup menggunakan kuasa bapanya agar Fathi jatuh ke tangannya. Dan dia berjaya. Fathi menjadi miliknya yang sah dengan akad sebuah perkahwinan.

"I hate you Clarissa. I really hate you. Jika kau fikir dengan mengahwini aku akan membuatkan kau menang, kau memang silap besar. Kau musnahkan seluruh bahagia aku. Kau hilangkan Aisya dari hidup aku. Kau memang kejam!" —Fathi Gabrielle

Menghadapi kebencian seorang lelaki yang bergelar suami membuatkan Clarissa rapuh. Awalnya, dia tidak mahu mengalah. Tapi bila terlalu banyak hal yang mengasak, dia akur bahawa cinta Fathi tak pernah wujud buatnya walaupun untuk sedetik cuma. Dia sedar bahawa dunianya tak akan mampu bersatu dengan dunia Fathi lagi.

"Bella minta maaf. Sebabkan Bella, abang jadi macam ni. Bella tahu, dari dulu lagi Bella bawa luka je pada abang. Dari awal kita kahwin sampailah sekarang. Hanya luka yang Bella hadiahkan." —Clarissa Arabella

Apa yang akan berlaku apabila Clarissa mengambil keputusan untuk mengalah? Adakah Fathi akan temui bahagia yang diimpikannya? Benarkah bahagia Fathi bukan pada Clarissa?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan paksa dan cinta yang tidak direstui
  • Konflik cinta tiga segi antara Fathi, Clarissa dan Aisya
  • Perbezaan latar budaya serta dunia kehidupan
  • Kebencian, pengorbanan dan luka dalam rumah tangga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta selepas perkahwinan
  • Peminat tema kahwin paksa dan cinta bertepuk sebelah tangan
  • Pembaca novel Melayu berunsur konflik emosi dan keluarga
  • Peminat kisah cinta tiga segi yang penuh pengorbanan

Maklumat Buku

  • Penulis: Nssignature
  • Penerbit: Idea Kreatif
  • ISBN: 9789672803683
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan