• 8149
1

Fajar Pakeer

Saat Dusta Membawamu Pergi Oleh Haini Salme

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Saat Dusta Membawamu Pergi Oleh Haini Salme

Dia bukannya lelaki baik seperti yang diimpikan gadis-gadis di luar sana. Kehidupannya disalut noda. Dunia lumba dan pergaduhan sudah sebati dalam diri. Dialah penggawa, dialah juara!

Pertemuan yang tak disengajakan dengan Kaira Zharifah merubah segalanya. Ameer mula mengenal apa makna cinta, apa makna rindu. Tekadnya, dia ingin memiliki gadis sebaik Kaira, tanpa dicanang khilafnya yang lalu.

Ameer tetap mengejar, namun kehadirannya kurang disenangi Kaira. Tidak mungkinlah dia boleh mencintai lelaki seperti Ameer.

“Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu." - KAIRA ZHARIFAH

Baginya, apa yang dihajat, itulah yang didapat. Tapi dalam mencari cinta, tidak semudah yang disangka. Iman senipis bawang, usah diangan manikam kayangan. Ada insan lain yang lebih layak untuk gadis itu.

"Saya rasa sayalah insan paling bodoh. Saya memang teruk. Saya tak layak untuk dia." – AMEER AZIZI

Bahagia lawannya derita. Bila bahagia membuka ruang di kalbu, kenapa derita sepantas kilat menduga hati menghampar pilu?

Sesukar itukah syarat untuk memiliki cinta yang abadi bila ada saja yang membunuh jiwa mereka?

“Aku akan pastikan kejatuhan kau. Selagi kau tak mampus, selagi tu aku tak puas hati!” – DANIEL

Kisah kita seharusnya berakhir indah, namun di sebalik cerita ada gelungan sembilu membawamu kembali menerjah riwayat lalu.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan konflik perasaan antara Kaira Zharifah dengan Ameer Azizi
  • Perubahan diri dan penebusan kesilapan masa lalu
  • Keimanan, batas cinta dan perjuangan melawan nafsu
  • Dusta, rahsia serta kesan buruk kehidupan silam

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta antara watak baik dan lelaki bermasalah
  • Pembaca yang menyukai tema penghijrahan serta perubahan diri
  • Peminat cerita berunsur keagamaan dan konflik hati

Maklumat Buku

  • Penulis: Haini Salme
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221054
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan