Fajar Pakeer
Lelaki Versi Hero Novel
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Lelaki Versi Hero Novel
Puncanya satu saja! Atas sebab kecuaian sendiri, identiti rahsia Dean Raphael sebagai Anon, penulis novel cinta anonymous/unknown terdedah. Terkantoi pula tu dengan si die-hard fan Anon, Yara Sabrina. Tak ke haru hidup dia?
Menjadi satu-satunya individu yang tahu rahsia besar penulis best-seller itu, haruslah Yara gunakan segala peluang yang ada. Semua rahsia mahu dikorek. Malah, siap ofer diri jadi girlfriend sementara. Konon nak tolong Inche Anonnya itu seru semula mood menulis yang hilang selama ini.
“Kita… bercinta nak?” – Yara
“Kita? Bercinta? Kau gila?” – Dean
Gila tak gila. Sudahnya, mereka couple olok-olok juga. Hari-hari Yara muncul di BFF, buat jantung Dean nak pecah melayan. Itu belum lagi part kena kuarantin dengan Pak Enon. Tapi, bila ada lelaki lain cuba nak mengurat Yara, pandai pula hati dia jadi cuak. Dan-dan, terkeluar terus statement berani mati.
“Yara… Be mine.” – Dean
“Inche Anon, kita sekarang ni bukan dekat dalam novel tau. Yang awak boleh buat scene ala-ala hero ajak heroin kahwin macam tu aje. No, no, no!” – Yara
Berkahwin dengan penulis novel cinta. Agak-agak Dean sweet dan romantik ala-ala watak hero novel yang lelaki itu sendiri cipta tak? Dan, kisah fairy tale mereka ini pula, happily ever after atau sad ending nantinya? Haisy, pening!
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Identiti rahsia penulis novel cinta yang terbongkar
- Hubungan couple olokolok dan percintaan berpurapura
- Dinamik antara penulis terkenal dengan peminat setia
- Cemburu, perasaan sebenar dan perubahan daripada lakonan kepada cinta
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik kontemporari
- Peminat kisah fake dating dan couple olokolok
- Pembaca yang menyukai watak penulis, peminat tegar dan dunia penerbitan
- Peminat novel romantik komedi dengan dialog bersahaja dan menghiburkan
Maklumat Buku
- Penulis: Shazie Kamaruzaman
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789673653041
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg