Alaf 21
Alahai, Mat Salih!
- Regular price
- RM 19.90
- Sale price
- RM 19.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Alahai, Mat Salih!
Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.
Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya, Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis. Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami panasaran dengan isteri sendiri? Alahai, Mat Salih… kerana kau aku hampir gila!
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta rentas budaya antara wanita Melayu dan lelaki Kanada
- Perkahwinan serta penyesuaian hidup sebagai pasangan
- Salah faham akibat perbezaan bahasa dan budaya
- Cemburu, merajuk dan pengurusan emosi dalam rumah tangga
Buku Ini Sesuai Untuk
- Peminat novel romantik Melayu
- Pembaca yang gemarkan kisah cinta rentas budaya
- Pembaca yang menyukai tema perkahwinan dan rumah tangga
- Peminat kisah romantik ringan dengan unsur humor dan salah faham
Maklumat Buku
- Penulis: Zan Zarida
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 9789831247723
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg