• 7239
1

Lovenovel

Encik Ulat Buku

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Encik Ulat Buku

Rutin Eliya Inara yang suka menulis diari di dalam LRT sambil memerhatikan gelagat ‘Encik Ulat Buku’ yang suka membaca itu berubah setelah perkenalan mereka dalam situasi yang memalukan!
Masalahnya, Eliya dah buat gaya boikot tak nak naik LRT pun; Aydin Noah a.k.a. Encik Ulat Buku boleh muncul di mana-mana saja. Aydin pula selamba sahaja menuduh yang Eliya stalk dia.

“Eh, sorry sikit. Tak ada maknanya saya nak stalk awak. Nak stalk macam mana kalau Facebook dengan Instagram pun awak tak ada? Such a nerd!”

~Eliya Inara~
Mula-mula memanglah Eliya hendak elakkan diri, tetapi lama-lama dia tercari-cari pula. Walaupun Aydin itu si genius Matematik yang nerd, tetapi apa yang dilakukan oleh Aydin mudah buat hati Eliya jadi hangat.

“Jodoh ni ialah jodoh kalau tanpa dirancang senang sangat kita berjumpa dengan orang yang sama di tempat yang berlainan. Over and over again.”

~Aydin Noah~
Memang pun Eliya jatuh suka dengan Aydin over and over again!
Tapi…
Aydin boleh selamba tayang muka tenang! Sebab itulah Eliya selalu keliru. Sudahnya, Eliya nekad untuk berterus terang apabila Aydin mahu ke luar negara selama setahun sebagai sukarelawan.

“Saya suka awak dan saya rasa saya patut beritahu sebelum awak pergi.”

~Eliya Inara~

“I’m sorry, Yaya.”

~Aydin Noah~
Aydin pergi dan Eliya tinggal untuk pulihkan hati yang terluka. Baru sahaja Eliya mahu jayakan rancangan untuk ‘move on’ daripada Aydin, tiba-tiba lelaki itu muncul kembali. Mulut kata tidak, sedangkan hati…

“Saya rasa saya memang sukakan awak sangat-sangat.”

~Eliya Inara~

“Bak kata Mr Darcy daripada Pride and Prejudice, ‘you have bewitched me, body and soul, and I love… I love… I love you.”

~ Aydin Noah~
Beranikah Eliya untuk jujur pada hati sendiri sekali lagi? Adakah kisah Eliya + Aydin akan bertemu perkataan TAMAT yang menggembirakan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta yang bermula daripada pertemuan tidak sengaja di LRT
  • Hubungan romantik antara gadis ceria dan lelaki genius Matematik yang nerd
  • Keberanian meluahkan perasaan dan kejujuran terhadap hati sendiri
  • Perpisahan, cinta jarak jauh dan usaha untuk melupakan seseorang

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta ringan dan menghiburkan
  • Peminat kisah pasangan dengan personaliti yang berbeza
  • Remaja dan dewasa muda yang menyukai tema cinta pertama
  • Pembaca yang gemar kisah pertemuan tidak sengaja dan jodoh

Maklumat Buku

  • Penulis: Yumi Hyra
  • Penerbit: Lovenovel
  • ISBN: 9789672467427
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan