Suara Hati Publication
Shakespeare Jadian Oleh Shaze Alma
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Shakespeare Jadian Oleh Shaze Alma
Dr. Hayra dan Dr. Zeyl... mereka berdua diiktiraf genius kerana memegang gelaran pakar psikiatri dalam usia yang masih muda. Tapi, mereka sebenarnya tak ikhlas langsung dengan kerjaya itu. Seorang teringin nak jadi pramugari, seorang lagi berangan nak jadi karyawan seagung Shakespeare. Masing-masing sekadar ikut kehendak orang tua yang mahu menjaga reputasi keluarga mereka yang berstatus elit itu.
Memberontak punya pasal sampai boleh ada imaginary friend, sudahnya si pramugari terpaksa jadi pesakit kendalian Si Shakespeare. Maka, bermulalah segala huru-hara dunia.
Inilah masalahnya bila pesakit dan doktor sama-sama orang medic. Masing-masing tunjuk handal dan tak sudah-sudah cari salah di antara satu sama lain. Mujurlah Hayra itu pesakit. Etika sebagai doktor pula mestilah sentiasa tahu mengawal keadaan. Dengan itu, terpaksalah Zeyl bersabar dengan segala kerenah Hayra.
Dalam mereka bertekak setiap hari, Zeyl sedar Hayra mula melupakan imaginary friendnya itu. Mengikut jangkaan, tak lama lagi Hayra akan sembuh dan dapat membunuh sendiri penyakit itu. Tekadnya, selepas Hayra betul-betul pulih nanti dia akan melamar Hayra.
Ketika inilah lelaki yang didakwa sebagai khayalan itu tiba-tiba muncul ke alam realiti. Eddie menuntut agar Hayra dipulangkan semula kepadanya. Zeyl dapat melihat Eddie dengan mata kasarnya sendiri. Ketika itulah masa bagaikan terhenti berputar dan Zeyl tahu kedudukannya kini tergugat.
Benarkah selama ini Eddie cuma khayalan yang wujud dalam imaginasi Hayra? Jika tidak, siapa Eddie yang sebenarnya? Bagaimana Eddie boleh ceritakan semua yang dialami oleh Hayra ketika di alam khayalan dulu? Jika terbukti Hayra tiada mengalami sebarang masalah mental...
Dapatkah Zeyl memastikan supaya Hayra memilih dia dan bukan Eddie?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Percintaan antara doktor psikiatri dan pesakit
- Konflik identiti serta tekanan kehendak keluarga elit
- Persoalan kesihatan mental dan kewujudan imaginary friend
- Misteri antara dunia khayalan dengan realiti
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik dengan hubungan cinta yang unik
- Peminat kisah psikologi dan misteri kesihatan mental
- Pembaca yang gemar plot imaginary friend serta realiti yang mengelirukan
- Peminat watak doktor, pesakit dan latar dunia perubatan
Maklumat Buku
- Penulis: Shaze Alma
- Penerbit: Suara Hati Publication
- ISBN: 9789672300052
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg