• 8151
1

Fajar Pakeer

Artifak

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Artifak

“Dhaw yang kamu hasilkan memang bagus dan bermutu tinggi tetapi sayang dhaw itu memiliki semangat yang jahat. Semangat yang tidak terdidik oleh ketenangan tetapi hanya dilentur oleh sifat api. Ia membunuh tanpa memilih. Apa sahaja yang melintas akan mati apabila tersentuh.” – SAMI TUA

Sebuah artifak berharga dari zaman Kerajaan LannaThai menjadi rebutan pelbagai pihak. Justru itu sebagai langkah berjaga-jaga, Khalid diminta sahabat lamanya Panji untuk membantu walaupun dia tahu, nyawa mereka menjadi taruhan.

Sayangnya, usaha mereka berdua terhalang. Mereka diserang dan diburu… kematian sudah berada di depan mata.

“Masalahnya sekarang… kalau aku serah pada kau orang, bagaimana dengan kami? Boolert pasti cari kami sampai ke lubang cacing.” – KHALID

Dalam kepayahan, Khalid berjaya melepaskan diri namun sejak itu dia pula yang menghadapi gangguan mistik dan diburu beberapa kumpulan penjahat. Dia dihantui orang yang sudah mati. Dia juga diculik dan diserang berulang kali.

Apakah rahsia sebenar artifak yang menjadi rebutan itu?

Mampukah nyawa Khalid diselamatkan atau tewas kepada sumpahan yang menunggu mangsa?

Ternyata artifak itu lebih daripada sekadar barang lama. Ada semangat mati yang menguasai. Ada keramat yang menghantui.

“Bukan anak murid namanya, kalau membunuh guru sendiri. Dhaw yang kamu hasilkan ini mempunyai syaitan. Ia akan membawa maut dan badi kepada setiap orang yang menyentuhnya.” – SHIN KUE NA

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Artifak bersejarah dari zaman Kerajaan LannaThai
  • Sumpahan, semangat jahat dan gangguan mistik
  • Pemburuan, penculikan dan ancaman kumpulan penjahat
  • Persahabatan, pengkhianatan dan perebutan kuasa

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel seram dan kisah mistik
  • Peminat thriller penuh aksi dan suspens
  • Pembaca yang menyukai cerita artifak serta sejarah purba
  • Peminat kisah sumpahan, keramat dan alam ghaib

Maklumat Buku

  • Penulis: Maria Kajiwa
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221153
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan