Fajar Pakeer
Yang Ingin Aku Miliki Oleh Nurul Izah
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Yang Ingin Aku Miliki Oleh Nurul Izah
Sudah tertulis bagaimana hidupnya, seperti apa kisahnya. Tidak perlu dipaksa kerana sesuatu yang ditakdirkan, pasti tidak akan tertukar melainkan Dia membolak-balikkan hati seseorang.
Huru-hara hidup Syakila kerana belum menemui pemilik jiwa. Ingat mudah mencari cinta? Inikan pula mencari calon suami. Bukan seperti beli ikan di pasar, nampak insang merah, mata bercahaya, kulit tegang, segarlah ikan tu.
Ketenangan hidup Syakila terganggu bila emak mendesak dia mencari calon suami. Lagi memeningkan bila dua adik perempuannya sudah dipinang orang. Dalam hidupnya hanya ada Sufian. Lelaki yang memahami semua tentang dirinya, tapi sayangnya lelaki itu milik orang.
Puas aku fikir, puas aku elak. Tapi memang kau sajalah wanita yang faham dengan aku, yang mengerti hidup aku. Aku janji, aku tak akan sia-siakan kau. - SUFIAN
Zaman sudah berubah, tak ada lagi istilah langkah bendul… betul tak? Tapi bukan mak. Mak kata dia harus kahwin dulu, baru adik-adik lain boleh berkahwin. Aduh!
Hadirnya Ashriq membuat perasaan Syakila bercampur baur.
Saya akan cuba menjadi pasangan awak yang terbaik. Saya akan cuba kenal awak, saya akan cuba fahami awak. Biar kita kenal diri masing-masing. – ASHRIQ
Saya tak nak awak jalan senget kat akhirat nanti. Janji kena tunaikan. Bukan tabur air liur aje. Saya takut awak tak mampu. - SYAKILA
Relakah Syakila menerima cinta baru, sedangkan masih ada nama seseorang yang bukan miliknya?
Benarkah memilih pasangan itu bukan hanya soal cinta, melainkan tanggungjawab bersama?
Berhentilah untuk mencipta angan yang bukan milik kita. Lupakan apa yang terjadi. Ikhlaskan yang telah pergi.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pencarian jodoh dan pasangan hidup
- Cinta bersegi tiga serta perasaan terhadap lelaki yang sudah berpunya
- Perkahwinan atas desakan keluarga dan isu langkah bendul
- Tanggungjawab, janji dan kesediaan dalam rumah tangga
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang meminati kisah pencarian jodoh dan perkahwinan
- Pembaca yang menyukai konflik cinta bersegi tiga
- Pembaca dewasa yang berminat dengan tema keluarga dan tanggungjawab rumah tangga
Maklumat Buku
- Penulis: Nurul Izah
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838221375
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg