• 9515
1

Alaf 21

Uncle Boss Mama Oleh Nurul Syahida

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Uncle Boss Mama Oleh Nurul Syahida

Uncle Boss Mama karya Nurul Syahida menggabungkan konflik kerjaya, persaingan di tempat kerja dan hubungan peribadi yang semakin rumit. Kisah ini berpusat pada Jatuh. Jatuh cinta dengan seorang itu mudah. Tetapi bagaimana kalau jatuh head over heels dengan satu keluarga? Joshua punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tetapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalu, dia tidak

Sinopsis Novel Uncle Boss Mama

Jatuh cinta dengan seorang itu mudah. Tetapi bagaimana kalau jatuh head over heels dengan satu keluarga?

Joshua punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tetapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalu, dia tidak fikir akan menjadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya.

Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai. Lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya. Dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.

“Mungkin ada masanya I rasa nak cekik-cekik dia orang. Tapi they are my responsibility sebab I sayang dia orang. Dia orang tu family.” - FISH

Shaina yang perasan dirinya lawa suka bermain cinta dan bergaduh dengan adik perempuannya. Shairil yang berkerusi roda suka memerhati macam perisik misteri. Shaila si kecil yang lasak seolah-olah kelahiran semula seorang ninja. Campur dengan adik angkat mereka si Faiq yang kuat cembeng tetapi cukup menarik hati, mereka mewarnai hidup Fish dari sehari ke sehari.

Apa yang berlaku apabila ada pertembungan di antara dua dunia ini? Apabila seorang lelaki jatuh cinta pada bukan hanya seorang wanita, tapi seluruh keluarganya?

“Uncle Bos Mama ni, bos mama kita orang.” SHAILA

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Uncle Boss Mama

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nurul Syahida

  • Awak Sungguh Perfect
  • Aku Kan Novelis
  • Aku Keliru!
  • Valentina Nervosa