• 4134
1

Karyaseni

Tundukkan Playboy Itu Oleh Anjell

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Tundukkan Playboy Itu Oleh Anjell

Tundukkan Playboy Itu karya Anjell membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Hanya. Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

Sinopsis Novel Tundukkan Playboy Itu

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Tundukkan Playboy Itu

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Anjell

  • Dia Tetap Sempurna
  • Dr. Alpha Male
  • Hero Seorang Cinderella
  • Lelaki Astatine
  • Suamiku Paling Sweet