Dear Novels
Tidak Kulepaskan Oleh Norra Hassan
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tidak Kulepaskan Oleh Norra Hassan
Tidak Kulepaskan karya Norra Hassan membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Shou. Dek hendak sangat mendapat tugasan yang lain daripada lain, Shou si penyiasat persendirian, menerima kerja untuk mendekati Juli Lorelei Mediha. Baru hendak memikat si cantik itu, Juli kemalangan, langsung amnesia. Dalam ingatan baru Juli yang palsu itu, Shou
Sinopsis Novel Tidak Kulepaskan
Dek hendak sangat mendapat tugasan yang lain daripada lain, Shou si penyiasat persendirian, menerima kerja untuk mendekati Juli Lorelei Mediha.
Baru hendak memikat si cantik itu, Juli kemalangan, langsung amnesia. Dalam ingatan baru Juli yang palsu itu, Shou adalah kekasihnya yang satu. Hendak dinafikan, Tok Ayah Ali pula mendesak Shou supaya terus berlakon menjadi kekasih Juli. Dalam terpaksa, Shou rela.
“Berikan setia you kepada I seorang.”
Tujuh hari berada di sisi si cantik kacukan Melayu dan Jerman itu membuatkan hidup seorang Shou menjadi huru-hara. Campur pula dengan adanya Shireen, si sepupu yang menjadi calon pilihan nombor satu emak untuk dijadikan menantu. Ada pula musuh yang mengintai dan menanti mereka tersalah langkah. Lagi haru apabila ada hantu.
Tetapi, yang paling Shou bimbangkan ialah hatinya sendiri. Takut ada cinta buat Juli si penggoda. Cinta yang akan berakhir andai amnesia Juli pulih.
“Ich liebe dich.”
Kata Juli sebelum amnesianya hilang dan tugasan Shou turut berakhir. Shou akhirnya menjauhkan diri dengan hati yang sudah ada kembang cinta. Noktahkan segalanya kerana dia sedar siapa dirinya di sisi Juli. Namun, si penggoda tak berhenti mengejarnya. Juli sudah berjanji takkan mudah lepaskan Shou pergi.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Tidak Kulepaskan
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Norra Hassan
- Berikan Aku Sebutir Bintang
- Engkau Lebih Mengerti
- Melati Untuk Gabriel
- Pengantin Lelaki Untuk Aku
- Bila Hati Berahsia