• 2684
1

Alaf 21

Tiada Yang Kedua Oleh Sania Yasmin

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tiada Yang Kedua Oleh Sania Yasmin

NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri? 

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan pilihan keluarga dan konflik rumah tangga
  • Cinta bertepuk sebelah tangan serta cinta lama
  • Perjanjian perceraian dalam perkahwinan
  • Kecewa, pengorbanan dan pergolakan emosi

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah perkahwinan yang penuh konflik
  • Pembaca yang menyukai tema cinta selepas perkahwinan
  • Peminat kisah perceraian, penyesalan dan peluang kedua

Maklumat Buku

  • Penulis: Sania Yasmin
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789831244289
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan