• 5171
1

Penulisan2u

Tiada Arah Jodoh Kita Oleh Ezza Mysara

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Tiada Arah Jodoh Kita Oleh Ezza Mysara

Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Fayyad Syakir. Bila ‘orang tersayang’ belajar overseas lepas tu curang. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya? Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri

Sinopsis Novel Tiada Arah Jodoh Kita

Bila ‘orang tersayang’ belajar overseas lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?

“Pia... Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.

“Lulz… Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya

“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir

“Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?”  Afia Awliya

Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pula duit nak beli tiket  ke syurga, kan?” Afia Awliya

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

“Janji dengan saya, Liya. Walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan.Berhenti.” Megat Wakeel

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pula... Kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?

“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang, Pia.” Fayyad Syakir.

“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Tiada Arah Jodoh Kita

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ezza Mysara

  • Jodoh Yang Sekadar Singgah
  • Luluh
  • Cinta Untuk Sedetik Lagi
  • Bidadari Tanpa Sayap
  • Bukan Cinta Secondhand