• 9212
1

Anggun Melur

The Unsung Hero Legacy Edition Oleh Melur Jelita

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

The Unsung Hero Legacy Edition Oleh Melur Jelita

The Unsung Hero Legacy Edition karya Melur Jelita membawa pembaca menyelami kehidupan golongan bangsawan yang penuh cabaran dan emosi. Kisah ini berpusat pada Seorang. Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya… ayat 5, Surah al Alaq Kissing cousin? Dari Blackswan bertukar kepada angry bird. Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian! Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi

Sinopsis Novel The Unsung Hero Legacy Edition

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya… ayat 5, Surah al Alaq

Kissing cousin?

Huh?!

Bagi Deraman tak berdosa.

Bagi Blackswan, sangat berdosa!

Sumbang mahram!

Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.

Sombong menonggek!

Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT,

sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya

reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur.

Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.

Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!

Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja.

Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.

Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula…

Maryam :

“Hutang boleh?”

Irvan :

“Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.”

“Apa bunganya?”

“Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.”

******

Riyaz :

“Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.”

Maryam :

“Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel The Unsung Hero Legacy Edition

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.

Novel Berkaitan Melur Jelita

  • Awak Suka Saya Tak? (Edisi Jelita Terkini)
  • The Unsung Hero
  • I Love You Stupid
  • My Precious Iris Legacy Edition 1
  • I Love You Stupid Extended Version 1