• 2433
1

Karyaseni

Teduhan Kasih Oleh Marissa

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Teduhan Kasih Oleh Marissa

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengkhianatan dan kecurangan dalam rumah tangga
  • Perceraian ketika sedang mengandung
  • Kehidupan sebagai ibu tunggal
  • Perkahwinan kedua demi anak

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta dan konflik rumah tangga
  • Pembaca yang berminat dengan kisah perceraian dan pengkhianatan
  • Ibu atau wanita yang menyukai watak utama tabah menghadapi dugaan
  • Pembaca yang gemar tema perkahwinan kedua dan peluang kedua

Maklumat Buku

  • Penulis: Marissa
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670246222
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan