• 6695
1

Alaf 21

Suri Hati Sementara

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Suri Hati Sementara

Izinkan aku ikut sama mengembara ke dalam hatimu…

Malas dia fikir soal jodoh, baik dia mengembara. Itulah yang selalu dikatakan oleh Azu. Sejak dahulu lagi, memang itulah aktivitinya bersama teman baiknya, Mila. Menggalas backpack ke mana-mana, mengembara berdua melihat dunia.

Tetapi perancangan manusia tiada yang sempurna. Mila sudah pun berumah tangga. Azu sudah tiada teman untuk menemaninya mengembara. Jadi dia hanya terperuk di rumah dan bekerja sebagai freelance graphic designer bertemankan imaginasinya dan seekor kucing tua.
?
Hidup Azu mungkin tidak sempurna. Tetapi persahabatannya dengan Mila dan suami sahabatnya yang bernama Ariel sentiasa berjaya membuatkannya gembira.
?
Namun takdir TUHAN siapa yang tahu. Azu terperangkap dalam cita-cita dan cintanya. Mila terperangkap dalam tubuhnya yang tidak bermaya. Ariel pula terperangkap dalam pilihan yang mustahil untuknya.

Persahabatan boleh sahaja bertukar cinta. Dan hati boleh sahaja kembali membenci. Permintaan Mila yang luar biasa langsung tidak pernah dia jangka. Naik gila Azu dibuatnya!

“Suami kau bukan aje tak pandai memujuk, malah tak wujud!” - Mila

"Lebih baik kena marah kerana bercakap benar daripada menipu dan menanggung rasa bersalah seumur hidup." - Azu

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Persahabatan yang berubah menjadi perasaan cinta
  • Konflik cinta, kesetiaan dan pilihan yang sukar
  • Pengorbanan dalam perkahwinan dan hubungan
  • Ujian kesihatan serta ketabahan menghadapi takdir

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu
  • Peminat kisah persahabatan yang bertukar menjadi cinta
  • Pembaca yang menyukai konflik rumah tangga dan cinta segi tiga
  • Peminat cerita penuh pengorbanan, emosi dan pilihan sukar

Maklumat Buku

  • Penulis: Azz Rahman
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789678609166
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan