• 6820
1

Suara Hati Publication

Setulus Cinta Kamu Oleh Bayu Asiah

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Setulus Cinta Kamu Oleh Bayu Asiah

Setulus Cinta Kamu karya Bayu Asiah membawa pembaca menyelami kehidupan golongan bangsawan yang penuh cabaran dan emosi. Kisah ini berpusat pada Nisa. Suami Nisa." - Redza Hilang ingatan membuatkan hubungan Anisa dan Redza renggang. Segala sentuhan, sapaan dan bisikan cinta di antara mereka suami isteri semuanya dirasakan pelik. Berkali-kali Redza cuba mengembalikan ingatan isterinya tetapi, gagal. Dirinya

Sinopsis Novel Setulus Cinta Kamu

"Abang Tengku Redza. Suami Nisa." - Redza

Hilang ingatan membuatkan hubungan Anisa dan Redza renggang. Segala sentuhan, sapaan dan bisikan cinta di antara mereka suami isteri semuanya dirasakan pelik. Berkali-kali Redza cuba mengembalikan ingatan isterinya tetapi, gagal. Dirinya tetap terasa seakan-akan orang asing bagi Anisa.

"Saya dah tak boleh nak tipu diri saya lagi dah. Saya tak boleh! Saya langsung tak ingat pun siapa awak!" - Anisa

Hadirnya Nelly di tengah-tengah hubungan mereka menjadikan fikiran Anisa kusut. Siapa perempuan itu sebenarnya dan apa pula hubungannya dengan Redza?

"Macam mana? Bagus tak lakonan I? Anisa... Anisa. Agaknya you ni orang yang ada penyakit lupa kut. Tak apa, biar I ingatkan you sekali lagi. Ini baru permulaan sayang... I akan buat you sedar siapa you dan siapa I di mata Redza. Jadi, jangan jadi perempuan murahan macam you ni... berdirilah dekat mana pun tetap juga murah!" - Nelly

Demi memulihkan hubungannya, Redza mula mengatur strategi. Anisa harus tetap menjadi miliknya seorang walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Semusim sudah berlalu. Tanpa dia sedar, bayangan masa lalunya datang menghampiri lalu membibitkan rasa curiga di hati Anisa.

Siapa sebenarnya dia? Siapa pula Nelly pada lelaki itu? Malah, sikap Redza juga pelik. Apa yang sebenarnya Redza rahsiakan?

"Redza buat semua tu sebab dia peduli pasal you! Dia cintakan you, Anisa!" - Tengku Nadira

"Diugut, diculik lepas tu dipaksa kahwin awak kata cinta?" - Anisa

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Setulus Cinta Kamu

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.