Fajar Pakeer
Sesayup Kejora Cinta Oleh Puteri Aqish
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Sesayup Kejora Cinta Oleh Puteri Aqish
Angkara kisah cinta insan lain... aku gagal menjaring kisah cinta sendiri
Gelabah seorang Darleena Alissa memang tak boleh bawa bincang!
Hanya kerana seseorang, Leena mendesak Asy, kawan baiknya untuk cari jalan penyelesaian. Dan Heidi muncul sebagai penyelamat. Bagi Leena lelaki itu hanya hero jadi-
jadian. Namun, lain pulak bila Heidi mula fikir bukan-bukan. Haiyak!!!
Suatu hari, Kaif Rayyan, bos tempat kerja Leena melantik dia sebagai wedding planner majlis adiknya. Leena akur, demi amanah, tanggungjawab dilunas, walaupun hati sekejap sejuk
sekejap panas.
Dua lelaki ini mula menghimpit emosi Leena dengan pelbagai ragam. Heidi dengan harapan cinta rahsianya, Kaif pulak menambah perisa teka-tekinya. Seorang berpaksi cinta, seorang bertaut rasa.
“Antara Abang Heidi dan Leena, belum ada tali keyakinan yang mengatakan kita akan berkongsi perasaan yang sama. Yang ada impian dan harapan untuk bersatu, Leena masih
ada hak untuk memilih.” – HEIDI
“Mungkin soalan tu untuk Heidi. Bukan saya. Saya percayakan perasaan awak, Leena. Saya susur perasaan awak. Jadi frasa cemburu tu tak patut ada dalam hati ni sebaik awak
terima saya.” – KAIF RAYYAN
“Tak. Leena tak pilih sesiapa pun. Leena pilih untuk bersendiri. Bukan niat Leena nak mainkan perasaan sesiapa. Tapi Leena tak bersedia sepenuhnya lagi untuk ke arah tu.” –
DARLEENA
Di saat dia dalam dilema untuk mencari sesayup cinta, muncul tragedi yang membuat perasaannya dirodok kesakitan. Tidak disangka, seseorang yang dianggap bunga, rupanya duri yang berbisa. Natijahnya umpama racun yang menikamnya perlahan.
Akankah dendam yang menghancurkan hidup Leena terbalas?
Mampukah garis kebencian menjadi penyatu terbaik antara dua jiwa yang telah diuji?
Adanya nama perpisahan, pasti bermula dengan pertemuan seperti sang kejora yang cuma sekejap terbit di langit tetapi punya sejuta cerita berdampingan.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta tiga segi dan dilema memilih antara dua lelaki
- Percintaan di tempat kerja antara pekerja dan majikan
- Cinta rahsia, harapan serta salah faham dalam hubungan
- Pengkhianatan, tragedi dan dendam yang mengubah kehidupan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel cinta Melayu yang menggemari kisah cinta tiga segi
- Pembaca yang suka tema hubungan antara bos dan pekerja
- Peminat cerita romantik dengan unsur konflik, rahsia dan salah faham
- Pembaca yang menikmati plot pengkhianatan, dendam dan tragedi emosi
Maklumat Buku
- Penulis: Puteri Aqish
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838220996
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg