• 9396
1

Karyaseni

Serigala Metropolis Oleh Rose Harissa

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Serigala Metropolis Oleh Rose Harissa

Serigala Metropolis karya Rose Harissa membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Dengan. DALAM dunia metropolitan yang penuh dengan bahaya dan pengkhianatan, Inspektor Hazen Althaf, call sign: White Fang, adalah ‘serigala’ yang tidak kenal takut. Nama yang diberikan oleh Komander kerana sifat dan paras rupanya. Dengan latar belakang trauma yang

Sinopsis Novel Serigala Metropolis

DALAM dunia metropolitan yang penuh dengan bahaya dan pengkhianatan, Inspektor Hazen Althaf, call sign: White Fang, adalah ‘serigala’ yang tidak kenal takut. Nama yang diberikan oleh Komander kerana sifat dan paras rupanya.

Dengan latar belakang trauma yang melanda masa kecilnya, Hazen telah membesar menjadi seorang lelaki yang tangguh, siap menghadapi setiap cabaran dengan keberanian yang luar biasa.

Begitu masuk ke pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hazen tidak pernah menoleh ke belakang. Dia menyahut cabaran ayahnya untuk menjadi seorang operatif Unit Tindakhas, pasukan elit milik PDRM. Berjaya menyarung beret maroon dan memakai lencana UTK, Hazen menjadi salah seorang pemimpin yang dihormati di unit Rapid Assault Team salah satu elemen dalam UTK.

Matlamat Hazen hanya satu, menggempur musuh negara tanpa membenarkan benteng hatinya dirempuh oleh wanita. Kerana itulah cinta dihulur oleh sniper cantik UTK, Lans Koperal Adelia, dibiar tak bersambut.

“Apakah kau takut pada cinta?” – ADELIA

“Aku tak takut pada cinta, Adelia. Aku hanya takut cinta akan menghalang tugasku.” - HAZEN ALTHAF

Hatinya juga tidak lut dengan godaan Dr. Bella.

“Aku menerima segala kekurangan kau, termasuk kegelapan yang kau cuba sembunyikan.” - DR. BELLA

Namun dunia Hazen jungkir balik ketika dia dipertemukan dengan seorang gadis. Izz Zayani.

“Saya bawa bahaya dalam hidup awak.” - IZZ ZAYANI

“Ya, awak bawa bahaya, tapi awak juga membawa erti dalam hidup saya. Saya tak akan pernah menyesal mencintai awak, kerana bahaya yang awak bawa membuat saya sedar akan kekuatan cinta sejati.” - HAZEN ALTHAF

Dengan kejutan dan pengkhianatan yang mengancam nyawanya, Hazen tetap lingas seperti seekor serigala.

“Aku akan melakukan apa pun sebagai bukti setia, bahkan jika itu bererti mengorbankan diri aku sendiri. Aku adalah serigala yang menggempur, bukan yang diserang!” - WHITE FANG

SERIGALA METROPOLIS adalah kisah yang penuh dengan aksi, keberanian, pengorbanan serta kesetiaan sang ‘serigala’ UTK menjaga wilayahnya dan insan-insan yang dikasihinya.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Serigala Metropolis

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Rose Harissa

  • Raid Arjuna
  • Saranghaeyo Arumi
  • Nur
  • Saranghaeyo, Arumi! (Arumi Kekasihku!)
  • BLACK GHOST UmarAlhaidar