• 4595
1

Idea Kreatif

Rule Nombor 1 Oleh Azwin Zulkapli

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Rule Nombor 1 Oleh Azwin Zulkapli

Rule Nombor 1 karya Azwin Zulkapli mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Rule Number One. Rule Number One, boss is always right. Rule Number Two, if the boss is wrong....see Rule Number One. – Hezree Bekerja dengan lelaki seperti Hezree tak adalah susah sangat. Cuma hati nak kena tahan, nak kena ada karung besar untuk simpan rasa sakit yang

Sinopsis Novel Rule Nombor 1

Rule Number One, boss is always right. Rule Number Two, if the boss is wrong....see Rule Number One. – Hezree

Bekerja dengan lelaki seperti Hezree tak adalah susah sangat. Cuma hati nak kena tahan, nak kena ada karung besar untuk simpan rasa sakit yang kadang-kadang beratnya berpuluh kilo.

“Awak tak ketuk pintu? Main terjah macam penyamun.” Hezree menyergah. Aduh ayat menanah telinga.
“Saya dah ketuk, encik tak dengar ke?”
“Ada saya suruh masuk?”
“Encik kata lepas siap sebut harga terus hantar pada encik.”
“Awak ni banyak cakap. Ingat Rule Number One.” Bosan betul. Sentiasa mencari salahku.

Tapi, bila bicara Hezree berubah rentak jadi manis bergula, hati Amanina pula bagai diserang penyakit gelabah. Semuanya jadi serba tak kena.

“Siapa suruh awak ambil hati saya?”- Hezree
“Saya tak pernah ambil hati sesiapa. Lain kali jangan bersusah-payah untuk saya. Saya tak akan berikan hati saya pada Encik.” – Amanina.
“Siapa yang minta hati awak? Saya cuma nak berikan hati saya pada awak.”- Hezree.

Dia mahu lari dari Hezree kerana jalan yang mereka lalui tidak sama. Hezree sudah bertunang dan dia juga akan jadi milik orang. Tapi,  masa yang sama dia sangat perlukan kerja tersebut. Dan masa yang sama juga, hati Hezree bagai magnet menarik hatinya.

“Kalau saya tanya, jawab!”
“Nak suruh jawab apa? Kalau tak sakit tak adalah pergi klinik. Saya patut minta doktor bagi ubat tahan sakit untuk hati sekali.”
“Kenapa pula awak yang sakit hati? Saya ni yang patutnya sakit hati. Seronok sangat berpeluk dengan lelaki tu.”

Apa yang akan berlaku bila mereka tahu sebuah kebenaran? Akan adakah sebuah magis untuk menukar rasa sakit di hati masing-masing menjadi bahagia yang diimpikan?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Rule Nombor 1

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Azwin Zulkapli

  • Rule Untuk Calon Isteri