• 8247
1

Karyaseni

Rindu Yang Terlarang Oleh Umie Nadzimah

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Rindu Yang Terlarang Oleh Umie Nadzimah

Rindu Yang Terlarang karya Umie Nadzimah menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Ainnura. Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi.

Sinopsis Novel Rindu Yang Terlarang

Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah.

Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda.

“Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – PUAN ROHANA

Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan.

“Kita tetap akan nikah, Ain!” – FAITH

“Tapi… Macam mana?” – AINNURA
Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara rahsia. Yeah… Nikmat berumah tangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa.

Dua-duanya nanar… Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti
yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan.

Beberapa tahun berlalu, walaupun sangat berjaya dalam kerjaya, perasaan Faith tetap kosong dan beku. Tiba-tiba dia rasa bernyawa
semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat sijandanya…

“Orang rindu Ain sangat…” – FAITH

“Rindu kita… Rindu terlarang!” – AINNURA

Bersatu semula, sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan, bukanlah satu rancangan yang bijak untuk mencari bahagia. Ainnura
menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah, Reza Dato Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk meraih semula cinta Ainnura.

Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz?

Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan

Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz?

Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan dua keluarga Faith dan Ainnura?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Rindu Yang Terlarang

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Umie Nadzimah

  • Cinta Paling Agung
  • Jangan Ganggu Jodohku!
  • Pilihan Mama
  • Bila Terlajak Sayang
  • Dia Isteri Luar Biasa