• 8194
1

Fajar Pakeer

Rahsia Sebuah Takdir Oleh Nurul Atiqh Ghuzir

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Rahsia Sebuah Takdir Oleh Nurul Atiqh Ghuzir

Rahsia Sebuah Takdir karya Nurul Atiqh Ghuzir membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Adam. Awak satu-satunya harapan saya.” – ADAM DAVIAN Hadirnya tanpa diminta. Kiera mula jatuh hati dan berharap Adam juga merasakan benda yang sama. Namun, punah harapannya apabila Adam mencintai kawan baiknya, Jo. Saya tidak mampu untuk memenangi hati awak…” –

Sinopsis Novel Rahsia Sebuah Takdir

“Saya tak tahu cara untuk mendekati dia. Dia sangat istimewa. Awak satu-satunya harapan saya.” – ADAM DAVIAN

Hadirnya tanpa diminta. Kiera mula jatuh hati dan berharap Adam juga merasakan benda yang sama. Namun, punah harapannya apabila Adam mencintai kawan baiknya, Jo.

“Saya tidak mampu membuat awak jatuh hati kepada saya. Saya tidak mampu untuk memenangi hati awak…” – SHAKIRA AMIRUDDIN

Kiera hanya mampu meluahkan perasaan melalui pementasan teater bersama Adam. Cukuplah walau hanya lakonan, dia sudah bahagia. Tetapi, lakonannya untuk berpura-pura melihat kemesraan antara Adam dan Jo tidak dapat ditahan lagi. Kiera perlu jauhkan diri.

Kemunculan Farish Hakim, si gengster yang ada di mana-mana selalu menjengkelkan hatinya. Kerap benar mamat perasan tu menyibuk mengalahkan pak cik bawang.

“Dia bukan anak aku, dia pembunuh!” - AMIRUDDIN
Tidak cukup dengan kemelut perasaan yang menyeksa hati, ayahnya pula tiba-tiba membenci dirinya. Macam mana Kiera tidak pernah mengetahui yang ayahnya menghidap kemurungan kronik disebabkan oleh satu rahsia? Kepada siapa dia hendak mengadu nasib?

Bukan diri ini tidak menerima kenyataan, cuma mengapa fatamorgana yang indah selalu tidak berpihak kepadanya?

Andai dimiliki kuasa, pasti dia tidak inginkan rasa ini menghambat hatinya terlalu lama. Apakan daya takdir memang sentiasa melingkari kamus hidup manusia.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Rahsia Sebuah Takdir

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nurul Atiqh Ghuzir

  • Diana Amaya
  • Bukan Dia Tapi Aku