Penulisan2u
Psiko Oleh Rosa Nur
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Psiko Oleh Rosa Nur
Psiko karya Rosa Nur membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Razman. Dia sudah gelisah kerana dirinya menjadi hurungan nyamuk-nyamuk yang dahagakan darah manusia. Apatah lagi, ketika itu petang semakin tua. Dia kan dah lama gilakan Rayyan.” Hanna Hanani bersuara yakin. Ada hati nak mengurat Rayyan!” Begitu sekali penghinaan
Sinopsis Novel Psiko
“Rayyan, kau rasa dia datang ke tak, ni?” soal Razman ke arah Rayyan.
Dia sudah gelisah kerana dirinya menjadi hurungan nyamuk-nyamuk yang dahagakan darah manusia. Apatah lagi, ketika itu petang semakin tua. Tidak lama lagi senja pasti tiba.
“Aku pasti dia akan datang. Dia kan dah lama gilakan Rayyan.” Hanna Hanani bersuara yakin. Baizura ketawa besar.
“Kenapa kau gelak macam tu, Bai?” soal Hanna Hanani.
“Kalau dia datang juga, memang betullah dia tu spesies perempuan yang tak sedar diri. Tak padan dengan tembamnya tu. Ada hati nak mengurat Rayyan!” Begitu sekali penghinaan yang terlontar dari mulut Baizura.
Hanna Hanani tergelak kecil.
“Agaknya dia tu jenis perempuan yang malas nak tengok cermin,” komen Hanna Hanani sambil mencebik.
“Kau orang berdua ni bercakap macam tak ada otak. Hei, dia pun manusia macam kita juga walaupun tembam macam tu. Manusia semuanya ada hati dan perasaan. Ada kehendak dan keinginan!” Razman menyampuk.
“Eh, lain macam aje kau ni, Man? Kau dah lupa ke yang selama ni, kau pun selalu kutuk-kutuk dia!” Baizura membidas. Matanya mencerlung ke arah Razman.
“Haah, betul, tu! Kau pun dua kali lima aje dengan kita orang.” Hanna Hanani tampil menyokong Baizura.a
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Psiko
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Rosa Nur
- Kecubung