• 7821
1

Penulisan2u

Negeri Cinta Zaim-Zini Oleh Mudin Ezairi

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Negeri Cinta Zaim-Zini Oleh Mudin Ezairi

Cinta itu umpama membina kerajaan. Kita bersama mentadbir zahir dan batin.

Kahwin suka sama suka setelah sekian lama terpisah! Namun ada hati yang berbolak-balik. Yang seorang sudah bersedia sehingga sanggup mencari kekasih hatinya itu. Yang seorang lagi pula waswas. Takut tatkala menempuh first night nanti. Hesy, peninglah budak berdua ni!

“Aku nak kau percaya pada aku. Setidak-tidaknya, kalau aku terpaksa tinggalkan kau esok lusa lepas kita bernikah, aku tenang. Aku tahu, aku pergi dengan doa kau.” – ZAIM

Ah, sesungguhnya Zaim benar-benar mahu memperisterikan Zini! Walau badai menghempas pantai, Zini tetap di hati.

“Cinta itu kebebasan, bukan untuk saling mengekang. Cinta itu kepercayaan, bukan cemburu tanpa alasan.” – ZINI

Ya, Zini amat menyayangi Zaim. Namun, ada sekelumit rasa cemburu menguasai diri tatkala ada makhluk perosak yang cuba menabur racun di taman syurga mereka.

“Kenapa, Zaim?! Kenapa kau tak pernah pandang aku? Kau tak tahu ke yang aku sangat cintakan kau?! Kenapa kau pilih orang lain? Apa kurangnya aku? Celaka kau, Zaim! Zini kau sejuk kaku, Zaim. Kamar asmara kau tak pernah bernyala dengan cinta, kan? ” – PENGGODA BERNAFSU

Auw, perempuan bajet terlebih perasan yang tidak putus-putus mahu menggoda Zaim! Hatinya sudah imun, tetap mahu menyingkirkan Zini daripada hidup lelaki itu. Masih lagi tak sedari diri!

Mampukah kerajaan cinta Zaim-Zini berdiri teguh, sedangkan kata-kata orang sekeliling menggoyahkan kepercayaan mereka?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan perkahwinan selepas lama terpisah
  • Kepercayaan serta kebebasan dalam hubungan
  • Keraguan menghadapi kehidupan rumah tangga
  • Cemburu dan ancaman orang ketiga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta dan perkahwinan
  • Peminat kisah pasangan yang kembali bersatu selepas lama terpisah
  • Pembaca yang menyukai konflik cemburu dan orang ketiga
  • Pembaca dewasa yang berminat dengan cabaran kehidupan rumah tangga

Maklumat Buku

  • Penulis: Mudin Ezairi
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789672321323
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan