• 7790
1

Karyaseni

Namaku Khadijah Oleh Pena Kayu

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Namaku Khadijah Oleh Pena Kayu

Namaku Khadijah karya Pena Kayu mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Khadijah. Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. Apabila takdir menemukan mereka semula, hanya untuk membawa perkhabaran duka. Fahri telah dimiliki dan Khadijah berdepan cabaran. Cabaran yang bukan daripada tunang Fahri, tetapi kawan

Sinopsis Novel Namaku Khadijah

Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. 12 tahun Khadijah menunggu Fahri. Apabila takdir menemukan mereka semula, hanya untuk membawa perkhabaran duka. Fahri telah dimiliki dan Khadijah berdepan cabaran. Cabaran yang bukan daripada tunang Fahri, tetapi kawan baik Fahri, Hafez.

"Saya tak marah kalau awak nak suka Fahri, tapi tolong, suka awak tu biar berpada-pada. Fahri dan Ariana nak berkahwin tak lama lagi. You get what I mean?" - HAFEZ

Khadijah cukup faham apa yang Hafez sampaikan padanya. Hanya Fahri yang tak faham situasi yang mereka hadapi sekarang. Fahri tidak habis-habis mendekatinya.

"Awak tahu kita berdua jauh dari perkataan kawan. Awak pun tahu dari hari pertama saya nampak awak, ada sesuatu yang mengikat kita berdua. Saya minta awak beri peluang pada diri awak dengan saya untuk bahagia." - FAHRI

Antara cintanya kepada Fahri dan nalurinya sebagai seorang perempuan, Khadijah perlu bersuara. Lebih-lebih lagi setelah Ariana memilih untuk mengalah. Khadijah perlu bertindak.

"Saya buat keputusan ini bukan untuk melemahkan iman Encik Hafez. Saya ingin menguatkannya lagi. Saya mohon lamaran saya dipertimbangkan." - KHADIJAH

Ada sebab kenapa namanya Khadijah dan lebih banyak sebab kenapa dia memilih nama Khadijah. Kalau dengan melamar lelaki itu boleh mencipta bahagia, dia rela. Tetapi benarkah keputusannya boleh mencipta bahagia? Atau semua ini permulaan pada satu malapetaka?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Namaku Khadijah

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Pena Kayu

  • Menyayangimu
  • Kerinduan
  • Tersuka Tanpa Sengaja
  • Temani Aku Selamanya
  • Lelaki Idaman