• 9182
1

Kaseh Aries Publication

My Better Half Oleh Mum Linz

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis My Better Half Oleh Mum Linz

“Tya kena fikir habis-habis. Ini soal hidup Tya yang Tya pertaruhkan.” - TARIQ

“Tya tak kisah. Kalau ada yang sudi...” - TYA

“Saya sudi.” - AZHAD

Siapa sangka di hari pernikahannya, pengantin lelaki tidak munculkan diri. Lantas Tya Warda membuat keputusan gila demi maruah keluarga. Namun hubungan suci itu hanya di atas kertas, bukan seperti selayaknya pasangan suami isteri yang lain.

Sehinggalah Azhad ditimpa musibah, tiba-tiba dia berubah sikap kerana memorinya terhad setakat 5 tahun sebelumnya. Azhad mencurigai Tya.

“I tak pernah percayakan perkahwinan. Kenapa I perlu berkahwin dengan you pula?” - AZHAD

“Ikut suka youlah nak percaya atau tidak. I cuma beritahu perkara yang sebenar.” - TYA

Perlahan-lahan, kemesraan antara mereka mulai terjalin. Namun semua itu tidak kekal lama. Sedikit demi sedikit, kebenaran siapa sebenarnya Azhad mulai tersingkap.

Terpengaruh dengan hasutan, Tya memilih untuk meninggalkan Azhad. Sehinggalah mereka kembali bertemu tanpa sengaja, hati Tya kembali lunak. Malangnya kisah lampau Azhad mula menghantui rumah tangga mereka.

“Sergei Genovese. Itu nama you, kan?” - TYA

“Itu kisah hitam I, Tya. I dah berubah, dan I tak nak ingat semua tu.” - AZHAD

Apa kisah sebenar di sebalik nama ‘Sergei Genovese’? Dapatkah Tya Warda terus bertahan dengan ujian hebat dan tentangan dari keluarga mafia Rusia itu?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan atas kertas dan hubungan suami isteri yang bermula tanpa cinta.
  • Amnesia serta misteri identiti sebenar Azhad sebagai Sergei Genovese.
  • Konflik kepercayaan, pengkhianatan dan rahsia masa lalu.
  • Cinta, perpisahan dan peluang kedua dalam rumah tangga.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik dengan unsur suspens.
  • Peminat kisah perkahwinan terpaksa atau perkahwinan atas kertas.
  • Pembaca yang tertarik dengan tema amnesia dan misteri identiti.
  • Peminat konflik keluarga, mafia dan rahsia masa lalu.

Maklumat Buku

  • Penulis: Mum Linz
  • Penerbit: Kaseh Aries Publication
  • ISBN: 9789672035954
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan