• 9563
1

Fajar Pakeer

Mrs. Isaac : Cinta Yang Tak Biasa Oleh Fatiha Huda

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Mrs. Isaac : Cinta Yang Tak Biasa Oleh Fatiha Huda

Bila cinta tumbuh dari keterdesakan. Bila perhatian menjadi ketagihan.

Maka yang tersisa hanyalah dua jiwa yang berpaut pada bayangan.

Afifa tak suka bola sepak, tapi Afifa suka pemain bola sepak. Isaac Louis Bergmann namanya. Dari hari pertama dia tengok Isaac beraksi, dia isytihar dirinya peminat nombor satu. Nama pun sudah seksi, apatah lagi rupanya. Auch!

Tertangkap Isaac bersama dengan wanita lain, pertemuan pertama Afifa dengan idolanya sangatlah tak indah.

"Sampai hati Abang Zek curang dengan Pipa!" - AFIFA RAIHANAH

"Bila masanya aku bercinta dengan kau?" - ISAAC LOUIS

Memanglah tak bercinta, tapi Abang Zek milik Pipa sorang tahu tak?

Rancangan Isaac, tunang, kahwin dan lari dari dunia bola sepak. Namun, kehadiran gadis yang asyik memandangnya dari tepi padang itu membuatkan rancangannya kucar-kacir.

Baginya, Afifa Raihanah hanyalah seorang gadis dari Malaysia yang menyorok di dalam lokar pada pertemuan pertama. Gila!

Tapi, siapa sangka, cinta gila-gila tu yang paling jujur? Hati Isaac terlanjur ditawan.

“Afifa, kau memang tak biasa”- ISAAC LOUIS

Dalam mata Afifa, Isaac adalah cinta yang harus dipegang erat.

Dari mata Afifa, Isaac temui cermin kepada jiwanya sendiri.

Namun mampukah dua jiwa yang tidak sembuh saling menyembuhkan?

Adakah mereka benar-benar saling mencintai atau hanya saling menjadi pelarian luka masing-masing?

Kata orang, -

"You're obsessed!"

Tapi kata mereka,

"I'm not obsessed."

Cuma cinta mereka, cinta yang tak biasa.

“Pegang terlalu erat, dan kau akan hancurkan apa yang kau sayang.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah cinta tidak konvensional antara peminat dan pemain bola sepak profesional.
  • Obsesi, kebergantungan emosi dan batas dalam hubungan cinta.
  • Luka emosi, trauma masa lalu dan proses penyembuhan bersama.
  • Konflik antara kehidupan peribadi, kerjaya bola sepak dan impian untuk melarikan diri.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta antara selebriti atau pemain bola sepak dengan peminat.
  • Peminat novel romantik dengan watak utama yang unik, spontan dan menghiburkan.
  • Pembaca yang tertarik dengan tema obsesi, possessiveness dan kebergantungan emosi.
  • Pembaca yang menyukai kisah pasangan dengan luka masa lalu dan proses penyembuhan bersama.

Maklumat Buku

  • Penulis: Fatiha Huda
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838223324
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan