• 8202
1

Fajar Pakeer

Menunggu Sempurna Oleh Annis Rizani

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Menunggu Sempurna Oleh Annis Rizani

Sukar menerima hakikat bahawa dirinya menjadi mangsa kerakusan lelaki, Nur Zara membawa diri ke Rumah Raudhah. Impian cinta alam persekolahan tidak kesampaian apabila Hanafi mengundur diri. Separuh nyawanya terasa melayang. Dia sedar, dirinya tak mungkin menjadi wanita sempurna.

Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagaikan angin lalu yang mendamaikan menyapa hati Zara tatkala membaca nota-nota yang ditinggalkan di keretanya. Namun, perasaan itu seboleh mungkin cuba diabaikan kerana diburu igauan ngeri masa silam.

Kemunculan Zharif memang tidak terduga. Baik Zara mahu pun Zharif, tidak pernah bersemuka. Namun, nota-nota kecil telah mendekatkan mereka.

Saya sukakan awak. Serius! - ZHARIF

Awak betul-betul dah sedia untuk terima cabaran dengan kisah silam saya? – ZARA

Zharif menerima Zara seadanya. Sungguhpun begitu, kebahagiaan itu hanya sementara. Di kala kasih baru berputik, Hanafi kembali menagih kasih Zara. Bencana yang menimpa Zara merupakan berita yang amat menggembirakan Hanafi.

Sayang, takdir ada caranya yang tersendiri. Siapalah kita untuk menidakkannya?- ZHARIF

Tidak mudah hati Zara untuk berubah dan beralih arah. Dia sedar kisah kelam yang direka Hanafi harus dipadam. Bangkitlah Zara, lupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan. Kembalilah kepada semangat dan izinkan kebahagiaan itu menjadi hakiki.

Kesilapan masa lalu bukan bererti hidup sudah malap dan tercemar. Hakikatnya ada sesuatu di masa depan yang pasti akan mengubati kisah duka masa silamnya

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pemulihan diri selepas trauma dan pengalaman pahit masa lalu
  • Cinta kedua serta peluang untuk mengecapi kebahagiaan
  • Penerimaan seseorang dengan segala kekurangan dan sejarah silam
  • Konflik cinta tiga segi antara Zara, Zharif dan Hanafi

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah cinta kedua dan peluang baharu
  • Pembaca yang menyukai tema trauma, penyembuhan emosi dan bangkit semula
  • Pembaca yang gemar konflik cinta tiga segi

Maklumat Buku

  • Penulis: Annis Rizani
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220309
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan