• 3382
1

Penulisan2u

Menantu ‘Mithali’ Oleh Khayriesha

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Menantu ‘Mithali’ Oleh Khayriesha

EMMA RAISHA... Dia tidak sangka nasibnya akan berubah dalam sekelip mata. Dibenci daddynya semenjak kecil, mummynya pula meninggal dunia, putus cinta dengan kekasihnya, dibuang kerja dan rumahnya turut disita. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama. Akhirnya dia tidak punya sesiapa di sisi kecuali rakannya sahaja.

Atas alasan itu, dia sanggup menerima pertolongan daripada rakannya, RAJA AFFENDY. Seorang lelaki bakal mengubah hidupnya seratus peratus. Pada  saat  Andy  ditimpa  kesusahan, Emma  juga  ingin  membantu  kerana  lelaki  itu  telah  banyak  membantunya.

“You  cakap  you  boleh  tolong.  Kalau macam itu, kahwin  dengan  I  jom?”  ~  ANDY

“Errr...”  ~  EMMA

Akhirnya, demi kepentingan diri sendiri, Emma menerima lamaran tersebut. Namun dia tak sangka akan ada syarat-syarat yang menguji kesabarannya.

“Mama I fussy sangat. You tolong menangi hati mama I. You tolong jadi menantu  paling mithali buat mama I. Boleh tak?” ~ ANDY

Menantu mithali? Oh tidak!!! Kenapalah dia harus jadi menantu mithali? Kalau menantu yang dikesali itu barulah dia tahu­­­­­! Syarat pertama, Emma sudah mula merungut. Syarat kedua, Emma sudah berfikir dua tiga kali. Syarat ketiga, dia mula resah. Syarat keempat, macam tak masuk akal. Dan syarat seterusnya, terus Emma berdendam dengan bakal mertuanya.

Saat dia mula dapat menerima apa yang tersurat, dia tak sangka semua yang berlaku ibarat di atas pentas lakonan. Dia tak sangka ada agenda yang tersembunyi di sebalik segala kesusahannya. Kehadirannya daddynya semula turut membuatkan dunia Emma Raisha berubah.

Berjayakah  Emma  yang  liar  itu  menjadi  menantu  mithali  untuk  mama  Andy? Adakah cinta yang tiba-tiba hadir akan direstui oleh orang tua mereka? Dan cinta yang berputik di tempat penuh maksiat adakah akan mendapat keredaan-Nya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan atas perjanjian dan kepentingan tertentu
  • Konflik menantu dengan bakal mentua
  • Cinta yang berkembang selepas perkahwinan
  • Konflik keluarga, kehilangan dan hubungan dengan bapa

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari tema kahwin paksa atau kahwin atas perjanjian
  • Pembaca yang suka kisah konflik menantu dan mentua
  • Pembaca yang meminati drama keluarga serta rahsia masa lalu

Maklumat Buku

  • Penulis: Khayriesha
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789670567242
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan