Karyaseni
Melirih Kasih Oleh Marissa
- Regular price
- RM 21.00
- Sale price
- RM 21.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Melirih Kasih Oleh Marissa
Melirih Kasih karya Marissa membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Faizal. Bukan senang untuk FAIZAL jatuh cinta. Tapi entah kenapa mudah pula dia jatuh cinta dengan rakan sekerjanya sendiri. Ada sesuatu yang menarik tentang NURUL yang membuatkan FAIZAL tak mampu melupakan cintanya terhadap NURUL. Seksi mungkin tidak, cantik memang
Sinopsis Novel Melirih Kasih
Bukan senang untuk FAIZAL jatuh cinta. Tapi entah kenapa mudah pula dia jatuh cinta dengan rakan sekerjanya sendiri. Ada sesuatu yang menarik tentang NURUL yang membuatkan FAIZAL tak mampu melupakan cintanya terhadap NURUL.
Seksi mungkin tidak, cantik memang ya. Tapi NURUL mampu membuatkan hidup FAIZAL menjadi ceria.
FAIZAL terpaksa gigit jari bila NURUL beritahu, dia sudah ada teman lelaki. Perlahan-lahan Faizal tarik diri dan doakan NURUL dari jauh.
Namun seperti ada sesuatu yang menghempap kepalanya bila NURUL beritahu dia sudah mengandung anak teman lelakinya dan lelaki itu sudah menghilangkan diri.
"Saya mengandung tiga bulan."
"Awak mengandung?"
"Teman lelaki awak tahu?"
"Tahu, tapi dia tak mengaku dan dia dah tinggalkan saya."
"Jantan tak guna. Dah habis madu..."
"Habis tu macam mana sekarang ni?"
"Saya tak tahu..."
"Awak jangan bimbang. Saya akan selalu bersama awak. Awak percayalah, saya akan bersama awak. Cuma buat sementara waktu, saya nak awak tenangkan fikiran awak. Jangan lakukan perkara-perkara di luar kawalan. Memang awak berdosa besar, tapi awak kena sedar, sebesar mana pun awak buat dosa, kalau awak bertaubat, insya-Allah, semua dosa awak akan terampun."
Demi cinta, FAIZAL sanggup terima Nurul dan bayinya. Demi cinta, FAIZAL pejam mata. Manusia mana yang tak pernah buat salah? NURUL juga perlu diberi peluang.
Bayi itu lahir dan diberi nama AWLIYA. Kenapa raut wajah anak NURUL tak ubah seperti wajah seseorang yang amat dikasihi dan dirinduinya? Saling tak tumpah hingga membuatkan FAIZAL benar-benar sayangkan AWLIYA tanpa berbelah bahagi?
Siapakah AWLIYA yang sebenarnya?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Melirih Kasih
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Marissa
- Lamaran Di Taman Nakajima
- Kerana Dia Suka
- Saya Kan Ada
- Teduhan Kasih
- Yang Manis