Penulisan2u
Mamat Dingin Hati Rindu Oleh Aifa Batrisya
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Mamat Dingin Hati Rindu Oleh Aifa Batrisya
Semakin jauh dia lari, semakin dekat dia diikuti…
Sekuel novel bestseller Minah Cengey Hati Tisu…
Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang berkahwin dengan lelaki lain dan menganggap dirinya hanya sebagai kawan sahaja, DAIYYAN HAWARI a.k.a IAN nekad meninggalkan segala kenangan lamanya bersama wanita itu, dan memulakan hidup baru. Profesion, nombor telefon dan pengenalan dirinya turut diubah sama sekali! Semua ini adalah sebab Ian mahu menjauhkan diri dari Hani.
Namun, yang disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari… Kehadiran seorang gadis kacukan Korea yang gedik dan manja bernama NIA ADARA telah membuatkan kehidupan Ian kembali jadi huru-hara.
“Annyeonghesayo!” – Nia Adara
“Boleh tak bagi salam? Dok sayur sana sini bukan dapat pahala pun! – Ian
Ian rasa sangat-sangat terganggu dengan gadis yang digelarnya sebagai minah sayur itu! Rasa meluat Ian terhadap Nia sampai lelaki itu tak tahu nak buat apa! Selain itu, kemunculan kembali Naurah Tihani turut merimaskan teruna mix blood itu! Umpama mendapat mimpi buruk, Ian kini dikejar dua orang wanita sekali gus!
“Nama awak... Apa nama awak yang sebenar?” – Naurah Tihani
“Nak tahu siapa saya sebenarnya? Kalau awak dah tahu siapa saya, saya berani jamin awak takkan boleh lupakan saya… Dan bila awak pula dah buat saya tak boleh lupakan awak, saya akan pastikan yang awak akan jadi hak saya. Sampai bila-bila!” – Ian
Berjayakah Hani menemui dan menjalinkan kembali persahabatan dengan Hawari? Apakah akan terjadi kepada Ian yang sebelum ini mahu melupakan terus nama Hawari dalam hidupnya? Bagaimana pula dengan kisah rumah tangga Hani bersama Adam? Akankah berjaya Nia menjadikan Ian sebagai kekasih hati?
Seorang anak dara, seorang lagi masih bergelar isteri orang. Apakah yang akan terjadi seterusnya kepada mamat berhati dingin bernama Ian ini? Temui jawapannya dalam MAMAT DINGIN HATI RINDU…
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta tidak berbalas dan hati yang terluka
- Usaha melupakan masa lalu dengan identiti baharu
- Konflik cinta tiga segi antara Ian, Hani dan Nia
- Kemunculan semula cinta lama serta peluang kedua
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Peminat kisah cinta tiga segi dan konflik perasaan
- Pembaca yang menyukai watak lelaki dingin tetapi penyayang
- Peminat cerita tentang cinta lama dan peluang kedua
Maklumat Buku
- Penulis: Aifa Batrisya
- Penerbit: Penulisan2u
- ISBN: 9789672102298
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg