• 7655
1

Kaseh Aries Publication

Mahabbah Terindah Adam & Hawa Oleh Cik Tet

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Mahabbah Terindah Adam & Hawa Oleh Cik Tet

Mahabbah Terindah Adam & Hawa karya Cik Tet membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Akibatnya. Kerana cemburu, dia bertindak di luar kewarasan. Harga diri si gadis menjadi taruhan. Akibatnya, Adam terpaksa berhadapan dengan sebuah kehilangan. Puas dicari, namun si dia terus hilang tanpa jejak. Meninggalkan Adam dengan sebuah penyesalan yang maha besar

Sinopsis Novel Mahabbah Terindah Adam & Hawa

Kerana cemburu, dia bertindak di luar kewarasan. Harga diri si gadis menjadi taruhan. Akibatnya, Adam terpaksa berhadapan dengan sebuah kehilangan. Puas dicari, namun si dia terus hilang tanpa jejak.

Meninggalkan Adam dengan sebuah penyesalan yang maha besar dan buat dia hampir rebah.

Tiga tahun berlalu, takdir mempertemukan mereka dalam satu pertemuan yang tak diduga. Si dia muncul kembali di depan mata, namun hadirnya bukan bersendirian. Ada si comel yang petah berkata-kata menemani cinta hatinya. Melihat iras wajah itu, hati kuat mengatakan kebenaran.

“Kenapa sembunyikan semua ni dari abang? Tak cukup lagi ke tiga tahun Hawa hukum abang?”- Adam

“Sepuluh tahun pun belum tentu cukup untuk saya lenyapkan kebencian saya pada awak. Jangan pernah merayu kemaafan daripada saya selagi awak tak jumpa dan cantum balik serpihan hati saya yang awak dah hancurkan dengan teruk.”- Hawa

Kerasnya hati seorang Hawa Nafisa begitu sukar untuk dilenturkan. Adam kian terdesak, lebih-lebih lagi bila ada jejaka lain yang cuba untuk dekat dengan angelnya. Harapannya kini untuk hanya pada si comel, yang menjadi tali pengikat mereka berdua.

“Mama tak atap ime acih pun? Epatyah tium. Baji muahh tat papa.”- Suri Dahlia

“Abang akan jaga anak kita dengan seluruh jiwa dan nyawa abang seperti mana teguhnya kasih abang pada mamanya Suri. Yang sayang kena tahu, cinta Adam pada Hawanya takkan pernah mati.”- Adam

Hari-hari dihidangkan dengan kata-kata cinta dan sayang, hati yang keras cair juga akhirnya. Bahagia dibina, namun masih ada yang dengki dan cemburu. Rumah tangga mereka kembali diuji dengan fitnah. Fitnah yang sekali lagi mencipta jarak antara mereka.

“Walau sebesar mana dugaan untuk kita, cinta itu takkan terhakis dari hati abang. Jarak, bukan penamat kasih kita. Aliran masa, takkan menghanyutkan cinta dalam hati abang. Kerana cinta seorang Adam, akan tetap untuk Hawanya.”

Mampukah Adam dan Hawa mempertahankan mahabbah terindah mereka kali ini?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Mahabbah Terindah Adam & Hawa

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Cik Tet

  • Dia Encik Imam Ekspres
  • Ekspresi Cinta Dareem Dzikri
  • Terpanah Asmara
  • Bayu Aweera
  • Pasrah Cinta Maryam