Karyaseni
Lelaki Astatine Oleh Anjell
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Lelaki Astatine Oleh Anjell
“Astatine, saya rasa Tuhan bencikan saya.” – Eshal Elzahra
Itulah yang Eshal rasakan seumur hidupnya. Dia bencikan takdir yang selalu tidak adil dengannya. Dia tidak bahagia. Dia jadi dingin. Perengus. Pesimis.
“Kenapa kita nak pandang satu masalah kalau kita ada seratus sebab lagi untuk bersyukur?” – Ardean Tufail
Itu pula Ardean Tufail atau lebih dikenali sebagai A.T. Dia lelaki hebat yang punya segala-galanya. Dia menilai hidupnya sebagai sesuatu yang penuh keberkatan. Ceria seperti sang mentari. Tenang. Optimis.
Selain spesies jarang seperti astatine, Ardean juga umpama beruang kutub yang imun dengan suhu Artik Eshal. Hanya dia yang berani lagi selamba mengurat Eshal si Elsa The Snow Queen.
“Be my star, Eshal. I promise I will orbit around you only.” – Ardean Tufail
Detik bersama Ardean merupakan detik terindah dalam hidup Eshal. Daripada hubungan antara ketua dan pelajar intern, mereka kini menjadi semakin rapat. Namun, satu kejadian malang telah mengubah takdir hidup Eshal. Dia jatuh ke fasa tergelap dalam kehidupannya.
“Allow me to make you happy, allow yourself to be happy.” – Ardean Tufail
Ardean nekad untuk menghulurkan tangan. Dia mahu Eshal yang hanyut berpaut padanya. Dia memilih untuk sentiasa berada di sisi Eshal. Dia mahu menjaga Eshal.
“Awak akan menyesal, Ardean!” – Eshal Elzahra
Dan Ardean akan pastikan sebaliknya. Sepuluh kali Eshal tersungkur, sebelas kali dia akan menarik Eshal bangun. Dan dia tidak akan pernah mengalah.
Berdamailah dengan takdir. Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini adalah kisah seorang wanita yang cuba untuk bangkit dan menjadi insan yang lebih baik.
“Saat kamu merasakan dirimu paling lemah, itulah sebenarnya saat dirimu yang paling kuat.”
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta antara ketua dan pelajar intern
- Pemulihan emosi selepas menghadapi kejadian malang
- Berdamai dengan takdir dan menerima ketentuan hidup
- Sikap optimis, rasa syukur dan sokongan dalam hubungan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari kisah cinta dengan konflik emosi yang mendalam
- Peminat novel Melayu bertemakan pemulihan diri dan kekuatan jiwa
- Pembaca yang suka watak lelaki penyayang, optimis dan tidak mudah berputus asa
- Pembaca yang tertarik dengan kisah wanita yang bangkit daripada fasa kehidupan paling sukar
Maklumat Buku
- Penulis: Anjell
- Penerbit: Karyaseni
- ISBN: 9789674692155
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: - inci
- Berat: 0.7 kg