• 5800
1

Lovenovel

Lakaran Hati

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Lakaran Hati

“Ada ke tak?” – Izan
“Ada apa?” – Dina
“Boyfriend. Ada tak?” – Izan
“Tak ada. Jangan risau. Kalau ada yang cuba tackle saya, encik orang pertama yang akan saya beritahu.” – Dina

Izan tak terkesan langsung dengan gurauan itu. Dia bukan nak menggatal. Tapi itu memang soalan wajib untuk setiap pekerja baharu di tempatnya. Semuanya demi kelancaran kerja-kerja yang bakal dibuat nanti. Tapi…

“Kau okey tak ni?” – Izan
“Temankan saya balik kampung. Boleh tak Abang Izan?” – Dina

Dina terpaksa. Namun Izan menganggap itu satu kebetulan yang amat menggembirakan hatinya. Namun ketika ingin meluahkan rasa…

“Dina janji ya. Tolong jaga anak-anak akak.” – Fida
“Kak Fida cakap apa ni?” – Dina
“Akak nak pulangkan Abang Nazri pada Dina. Terima kasih sebab bagi akak peluang untuk bersama dengan dia.” – Fida

Hajat Izan tidak kesampaian. Hasrat murninya hanya mampu disimpan kemas dalam jiwa. Hanya lakaran-lakaran hati yang dia ada untuk mengubat kerinduan yang tidak bertepi. Mungkinkah bahagia yang dia impikan hanya mampu dilakar?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta yang berputik di tempat kerja
  • Cinta tidak kesampaian dan perasaan terpendam
  • Pengorbanan demi kebahagiaan orang lain
  • Konflik hubungan dan peluang kedua dalam percintaan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu
  • Peminat kisah cinta tidak kesampaian
  • Pembaca yang menyukai watak lelaki penyabar dan setia
  • Pembaca yang tertarik dengan konflik hubungan dan pengorbanan

Maklumat Buku

  • Penulis: Izma Qahiera
  • Penerbit: Lovenovel
  • ISBN: 9789670907741
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan