• 9208
1

Fajar Pakeer

Khilafku Memeluk Jiwa Oleh Jules

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Khilafku Memeluk Jiwa Oleh Jules

Khilafku Memeluk Jiwa karya Jules membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Alkisah Qaseh. Alkisah Qaseh, gadis happy-go-lucky, cemerkap dan seringkali dihakimi sebagai anak bongsu, walau pada hakiki dia tidak sama sekali berkiblatkan kemewahan. Dia pendengar setia sekali gus penyelesai masalah. Hobinya meringankan beban mangsa yang ditindas oleh

Sinopsis Novel Khilafku Memeluk Jiwa

Alkisah Qaseh, gadis happy-go-lucky, cemerkap dan seringkali dihakimi sebagai anak bongsu, walau pada hakiki dia tidak sama sekali berkiblatkan kemewahan.

Dia pendengar setia sekali gus penyelesai masalah. Hobinya meringankan beban mangsa yang ditindas oleh pasangan mereka. Acapkali badai menimpa dialah srikandi abad ke-21, alfu ke-3.

Peribahasa berpantang maut sebelum ajal dijulang tinggi saat kecelakaan melingkari situasi. Akibatnya, Qaseh dimurkai ayahanda ekoran mempertaruhkan nyawanya.

“Saya sudah punyai segala-galanya. Giliran saya pula untuk memberinya semula pada yang memerlukan. Saya seorang yang simple. Ringkas. Cukup sekadar bersederhana.”– Qaseh

Ceritera cinta Qaseh tidak kesampaian tatkala jejaka yang diminati, crushnya, telah menghilangkan diri. Masa yang berlalu, mengeratkan hubungan dengan sahabat baik abangnya, Ian.

“Bagaimana nak teruskan kehidupan dengan jiwa yang dah mati?” - Qaseh

Tanpa diduga, sekonyong-konyong makhluk berbulu muncul dengan niat sukar ditafsir.

“Gelilah jambang awak! Berbulu panjang kusut-masai serabai sana-sini. Makhluk berbulu! Sebijik seekor bear!” - Qaseh

“Sebijik atau seekor?” - Dali

Si Crush mengenakan prank berganda-ganda, manakala Si Gentleman setia menghiburnya saat pilu merundung jiwa.

“I will do anything to make you happy. Bahagia. Ceria sentiasa. Tiada lagi duka. I even take a bullet for you, Qaseh.” - Ian

Apakah muslihat dalam tindak tanduk Dali? Wujudkah rahsia di sebalik sifat budiman Ian?

Mampukah Qaseh menyulam cinta pada yang hak?

Realitinya, tidak semua yang pancaindera saksikan adalah wujud. Tidak semua pengetahuan yang mafhum adalah benar.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Khilafku Memeluk Jiwa

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.

Novel Berkaitan Jules

  • Akad