Fajar Pakeer
Kekasih Separuh Jiwa Oleh Nurina Feeza
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kekasih Separuh Jiwa Oleh Nurina Feeza
Kekasih Separuh Jiwa karya Nurina Feeza menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Dengan. Hadirmu mengubati luka yang ditinggalkan. Dirimu melengkapi segala kekurangan. Siapa yang dapat melupakan cinta pertama? Menyimpan sedih terlalu lama hanya akan meninggalkan segaris luka yang takkan pernah habis. Benar, kecundangnya cinta pertama itu lain
Sinopsis Novel Kekasih Separuh Jiwa
Hadirmu mengubati luka yang ditinggalkan. Dirimu melengkapi segala kekurangan.
Siapa yang dapat melupakan cinta pertama?
Menyimpan sedih terlalu lama hanya akan meninggalkan segaris luka yang takkan pernah habis. Benar, kecundangnya cinta pertama itu lain macam… sangat menyakitkan.
Elis Nou'rell. Sekali dia jatuh cinta, berkali-kali hatinya akan tulus mengasihi. Tersilap caturan dek terlalu menurut kata hati menariknya ke lembah kekecewaan. Sakitnya tidak terkata! Kini dia bangkit dengan harapan agar segala memori hitam itu segera pergi.
"Selamat tinggal kedukaan!" – ELIS NOU’RELL
Pertemuan antara Elis dan Safwan buat Elis rasa panas hati. Bagi Elis, Safwan sangat annoying! Langsung tiada perikemanusiaan! Cukuplah dia seorang gila kerja. Dengan orang lain pun kena gila kerja juga.
“Tak ada guna awak datang kerja kalau utamakan hal peribadi! Patutnya, saya tak akan luluskan semata-mata hal kecil macam ni, tapi…” – HAZIQ SAFWAN
Tidak terduga bermula dengan salah faham, Safwan akan jatuh cinta untuk kali kedua. Sangkanya, cinta telah lama mati. Bila hati sudah kata ya, maka si dia harus dilindungi dengan sepenuh jiwa.
Berlainan dengan Elis, mencuba kali kedua… ibarat mengulangi kesalahan kali pertama. Tapi, dia nekad untuk mencuba dengan harapan biarlah ia menjadi cinta yang terakhir.
“Kau cabar aku? Kau tunggu!” – Farish Iqbal
Tiga jiwa saling menyimpan rasa. Hanya dua jiwa yang tercipta bersama. Bila seorang kecundang… mulalah anasir jahat menghuni nadinya. Apa yang dia tau... dia harus menang menawan hati si gadis, walaupun dengan cara menjijikkan.
Antara mereka… siapakah yang menamatkan segala sengketa?
Mampukah Elis bertemu dengan cinta yang didamba atau kecundang sekali lagi?
Tiada riwayat cinta pertama yang sempurna. Walau ada yang terlewat tiba, akan hadir kekasih separuh jiwa membawa ke pelabuhan seterusnya kerana itulah destinasi yang ditakdirkan.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Kekasih Separuh Jiwa
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Nurina Feeza
- Benci Ke Sayang?
- Mr. Singa Miss Selamba