Penulisan2u
Kau Yang Pertama Dan Terakhir Oleh Qaseh Farina
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kau Yang Pertama Dan Terakhir Oleh Qaseh Farina
Kau Yang Pertama Dan Terakhir karya Qaseh Farina membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Datuk Syeikh Mustapha. Betina sial!!!” Bermula dari peristiwa malang itu, Maimun membawa diri bersama anaknya, Zairin Elina yang ketika itu berusia setahun. Nasib malang berakhir apabila dia ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Datuk Syeikh Mustapha. Namun,
Sinopsis Novel Kau Yang Pertama Dan Terakhir
“HEI betina! Berambus kau dari rumah aku ni. Keluar kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Betina sial!!!”
Bermula dari peristiwa malang itu, Maimun membawa diri bersama anaknya, Zairin Elina yang ketika itu berusia setahun. Nasib malang berakhir apabila dia ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Datuk Syeikh Mustapha.
Namun, nasibnya selalu dirundung malang apabila sekali lagi dia dan anaknya dihalau keluar oleh ibu Datuk Syeikh Mustapha tanpa pengetahuan sesiapa pun. Peristiwa yang menyembunyikan pelbagai cerita yang tersembunyi.
Setelah 20 tahun berlalu, pertemuan kembali telah menyebabkan Datuk Syeikh Mustapha mengambil keputusan yang besar. Perkahwinan yang diatur? Ya! Kerana ingin menebus kesilapan dan dosa keluarga Datuk Syeikh Mustapha kepada arwah Maimun, dia dan isterinya, Datin Syarifah Zaharah mengambil keputusan menjodohkan anaknya, Syeikh Azri Sufian dengan Zairin Elina.
“Saya tak kata yang saya tak suka. Kita kenal pun belum lagi. Macam mana saya nak kata suka atau tak?”- Zairin Elina
“Habis tu... kau dah suka dengan akulah ni?”- Syeikh Azri Sufian
“Saya tak kata pun yang saya sukakan encik.”- Zairin Elina
“Apa yang kau melalut ni, hah perempuan? Sekejap kata suka... sekejap kata tak suka. Kau ni dah gila, ya?”- Syeikh Azri Sufian
Tika cahaya bahagia mula menerbitkan sinarnya, fitnah daripada kekasih Syeikh Azri Sufian telah menggugat kebahagiaan yang dibina. Rahsia yang selama ini terpendam telah melukakan hati Zairin Elina. Rupa-rupanya selama ini, keluarga Datuk Syeikh Mustapha tidak jujur kepada dia. Mereka menolong semuanya kerana bersebab!
Mampukah dia melupakan dan memaafkan mereka atas segala yang telah terjadi kepada arwah ibunya? Apakah bahagia itu akan tetap menjadi miliknya? Bisakah dia mencintai dan memiliki lelaki yang pertama dan terakhir bertakhta dalam hatinya?
“Mungkin pada sayang, cinta abang ini dusta belaka. Tapi percayalah sayang, abang nyatakan ini setulus jiwa.”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Kau Yang Pertama Dan Terakhir
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Qaseh Farina
- Kau Dalam Hatiku
- Benci/Cinta... Awak Budak Nakal