• 9154
  • 9155
1

Fajar Pakeer

Kasih Tercipta Oleh Yana Agasshi

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kasih Tercipta Oleh Yana Agasshi

Kasih Tercipta karya Yana Agasshi menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Sampai. Dia umpama cahaya dalam botol kaca. Meski sekelilingnya rapuh, dia sentiasa membuat orang lain bahagia. Tawanya didengar sampai kampung sebelah. Gila-gila tapi polos, sudah cukup untuk menggambarkan gadis itu. Kedatangan Amar Luthfi di kampungnya membuatkan

Sinopsis Novel Kasih Tercipta

Dia umpama cahaya dalam botol kaca. Meski sekelilingnya rapuh, dia sentiasa membuat orang lain bahagia. Tawanya didengar sampai kampung sebelah. Gila-gila tapi polos, sudah cukup untuk menggambarkan gadis itu.

Kedatangan Amar Luthfi di kampungnya membuatkan dia bergelar 'stalker tegar'.

"Dari hujung rambut sampai hujung kaki, abang memang idaman Ara. Ara yakin ada jodoh kita." NURUL ZAHRA.

Ternyata Amar Luthfi juga menyimpan rasa special buat Zahra.

"Saya bagi awak peluang. Kalau awak boleh terima kekurangan saya, kita terus ke step seterusnya. Saya tak nak cinta platonik atau cinta monyet." AMAR LUTHFI

Tatkala baru nak merasa manisnya percintaan, pahitnya ujian mencelah masuk. Zahra harus memilih antara cinta dan keluarga.

Anak mana yang tegar menolak permintaan ibu sendiri? Dia memilih untuk mengorbankan rasa cinta membuak-buak pada pujaan hati demi kebahagiaan keluarganya.

Sampai bila Ara kena kerja siang malam? Sampai bila Ara kena tinggal dalam rumah buruk ni? Sampai bila Ara kena hidup miskin?" NURUL ZAHRA

Bergoncang seluruh alam saat Nurul Zahra menuturkan pembohongan itu. Pembohongan yang merobek jiwa Amar Luthfi tanpa belas.

Bersama luka dalam hati, Amar Luthfi pergi membawa diri. Nurul Zahra pula terperangkap dengan neraka yang membunuhnya secara perlahan.

Bagaimana Nurul Zahra mampu bertahan di dalam sangkar berduri?

Mampukah pujaan hati melepaskannya daripada sebuah penyiksaan ini? Atau dia perlu bangkit sendiri merubah segalanya?

Untuk sebuah cinta, ada hati di suatu tempat untuk menerimanya. Untuk sebuah harapan, ada kasih di suatu tempat yang tercipta.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Kasih Tercipta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.