Penulisan2u
Jerat Hati Oleh Tina Derika
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Jerat Hati Oleh Tina Derika
HAFIZA-
“Boleh tak kita berkawan?”
ASYRAF-
“Kita tak setanding. Malu aku nak kawan dengan budak kureng macam kau.”
Zaman persekolahan. Kisah Asyraf si ketua kumpulan bajet Westlife. Pengawas popular berdarah campuran Turki dan paling cemerlang akademiknya, disayangi para guru. Maklumlah, anak Tan Sri. Manakan setaraf dengan Hafiza. Tapi tak berhakkah dia untuk berkawan dengan Asyraf?
Sejak peristiwa yang memalukan itu, Hafiza menjadi mangsa sindiran kumpulan bajet Westlife yang sombong itu. Kononnya Hafiza yang tidak setaraf dengannya itu tidak tahu malu. Asyraf tidak sudah-sudah mencari pasal.
“Malang betul laki kau esok dapat bini macam kau.” - Asyraf
“Kalau macam tu, aku pun boleh kata bini kau nanti malang dapat laki macam kau.”-Hafiza
Lebih menyakitkan, sepupu Hafiza, Darina yang cantik dan kaya dipilih oleh Asyraf menjadi kekasih hatinya. Sembilan tahun berlalu, malangnya Darina menghilang tanpa meninggalkan khabar berita. Pergi begitu sahaja… Ke manakah dia?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta dan konflik hubungan sejak zaman persekolahan
- Perbezaan darjat, status sosial dan latar keluarga
- Buli, penghinaan serta kesan katakata terhadap emosi
- Persahabatan, persaingan dan permusuhan antara remaja
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu
- Remaja dan dewasa yang suka kisah cinta bermula di bangku sekolah
- Pembaca yang tertarik dengan tema perbezaan darjat dan status sosial
- Peminat kisah watak lelaki angkuh serta heroin yang tabah
Maklumat Buku
- Penulis: Tina Derika
- Penerbit: Penulisan2u
- ISBN: 9789670567075
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg