• 9505
1

Fajar Pakeer

Jangan Tinggal Aku Oleh Suhailah Selamat

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Jangan Tinggal Aku Oleh Suhailah Selamat

Jangan Tinggal Aku karya Suhailah Selamat membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Isabel. Setiap pertemuan ada rencananya sendiri. Setiap pertemuan selalu membawa kita ke destinasi yang lain. Pertemuan itu juga membawa kepada sebuah kisah cinta. Tetapi, tidak semua pertemuan itu indah belaka. Bagaikan buku bertemu dengan ruas, buat pertama

Sinopsis Novel Jangan Tinggal Aku

Setiap pertemuan ada rencananya sendiri. Setiap pertemuan selalu membawa kita ke destinasi yang lain. Pertemuan itu juga membawa kepada sebuah kisah cinta. Tetapi, tidak semua pertemuan itu indah belaka.

Bagaikan buku bertemu dengan ruas, buat pertama kalinya, Isabel bertemu dengan seseorang yang level mulutnya hampir sama dengan dia! Siapa lagi kalau bukan detektif sotong itu!

“Awak cuba nak rompak saya ke?”- ISABEL

“Lebih baik aku pergi rompak bank. Bank banyak duit! Kau pula banyak mulut!”- DETEKTIF AD

Kepulangan Arshah ke Kampung Villa Aman untuk memburu si pencuri licik The Stone Thief telah menemukannya dengan Isabel. Setiap kali bertemu, perang mulut pasti akan berlaku.

Hubungan Arshah dan Isabel yang mulai rapat, berantakan lantaran sumpahan Sari Cempaka yang mengatakan mereka tidak boleh bersama. Jika tidak, nyawa Isabel menjadi galang-gantinya.

Namun hubungan yang cuba dipertahankan dalam sekelip mata musnah angkara satu fitnah. Bersama luka dalam hati, Arshah pergi membawa diri. Isabel pula terjerumus dalam satu kejadian hitam yang telah merubah hidup gadis itu buat selama-lamanya.

Pertemuan yang tidak dijangka, dalam situasi yang berbeza telah menghidupkan kembali perasaan yang hampir layu itu.

“Jika ada jodoh, kita akan bertemu lagi, Is. Walaupun sebagai adik dan ipar.” – ARSHAH

Mampukah Arshah menggunakan kebolehannya untuk menamatkan sumpahan yang membelenggu dirinya dan Isabel?

Siapa sebenarnya Detektif Ad? Siapa pula Sari Cempaka sehingga mereka harus akur pada sumpahan wanita itu?

Wujudkah istilah cinta kedua jika hati pernah dikhianati?

Mungkinkah cinta yang pernah dizalimi mampu diubati dengan hanya ungkapan maaf atau memilih melepaskan sisa rasa yang menyakitkan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Jangan Tinggal Aku

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Romantik Thriller

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Suhailah Selamat

  • Dear First Love
  • Magnolia
  • The Witness