• 9352
1

Idea Kreatif

His Code Name : Alpha Oleh Elyshakaman

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

His Code Name : Alpha Oleh Elyshakaman

His Code Name : Alpha karya Elyshakaman membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Ehsan Eskandar. Cukup dengan satu pertemuan, jantung Dhia Raihana berdegup kencang. Itulah gambaran seorang Ehsan Eskandar di mata Dhia. Penampilan kawan baik abangnya itu buatkan perangai gatal seorang Dhia Raihana muncul. Apa abang Ehsan boleh buat?"- Dhia Raihan. Bila

Sinopsis Novel His Code Name : Alpha

Cukup dengan satu pertemuan, jantung Dhia Raihana berdegup kencang. Kacak! Cukup lengkap pakejnya! Itulah gambaran seorang Ehsan Eskandar di mata Dhia. Penampilan kawan baik abangnya itu buatkan perangai gatal seorang Dhia Raihana muncul. Dia mula mengejar lelaki itu.

"Kau ni gila ke apa?” – Ehsan Eskandar.

“Gilakan abang Ehsan.” – Dhia Raihana.

“Boleh tak kau stop jadi budak-budak? Stop ganggu aku!"- Ehsan Eskandar.

"Kalau Dhia ganggu juga? Apa abang Ehsan boleh buat?"- Dhia Raihan.

Bila makin dikejar, lelaki itu makin menjauh, Dhia pasrah. Mungkin dia dan Ehsan tiada jodoh.

Tapi tatkala Dhia berhenti mengejar, hati Ehsan pula mula meronta-ronta. Dia mula sedar, hatinya memang mahukan Dhia. Dan akhirnya, dia mengorak langkah untuk memiliki.

"Awak dekat mana sekarang?" - Dhia Raihana.

"Somewhere. Tengah kerja cari duit untuk jaga kau nanti. Tunggu aku balik. Lepas dua tahun kita kahwin." – Ehsan Eskandar.

"Kalau saya terkahwin dengan lelaki lain?" – Dhia Raihana.

"Aku sanggup balik semula ke Malaysia. Kau hak aku. No one can take you away from me."

Mungkin bagi orang lain, semuanya nampak mudah. Tapi bagi Dhia, ia tidak mudah. Untuk menjadi isteri kepada Ehsan Eskandar, dia perlu kuat mental dan fizikal.

“Tak mudah untuk jadi isteri tentera. Apatah lagi tugas Ehsan tu agak berbahaya. Hidup dia, jiwa dia dan cinta dia semuanya telah diserahkan pada negara.” – Darwish.

Kuatkah seorang Dhia Raihana untuk menjadi isteri pada lelaki seperti Ehsan Eskandar yang sentiasa berdepan dengan bahaya?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel His Code Name : Alpha

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Elyshakaman

  • Eijaz Rafael Elyshakaman Terbitan Oktober 2024
  • His Code Name Alpha 2 Elyshakaman Terbitan Mei 2025
  • Eijaz Rafael 2